My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 21 July 2016

    Bezanya Mentaliti Rakyat Turki Dan Malaysia



    Kira-kira 48 jam setelah cubaan rampasan kuasa di Turki dipatahkan oleh kerajaan Reccep Tayyip Erdogan, segala-galanya secara tiba-tiba berubah menjadi satu ketakutan. Tindakan Erdogan selepas apa yang berlaku cukup keras sehingga ada yang melabelkannya sebagai satu tidakan autokratik bagi menekan rakyat.

    Bayangkan, kira-kira 15 ribu orang ditahan tanpa soal siasat dimana hampir 50 ribu penjawat awam kehilangan kerja secara tiba-tiba hanya kerana tuduhan berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan. kira-kira 20 ribu daripadanya adalah tenaga pendidik dimana kesemua mereka ini dipecat hanya kerana menaikkan status menentang kerajaan di laman sosial milik mereka.

    Status-status berkenaan bukanlah dimuat naik semasa atau sehari sebelum cubaan rampasan kuasa itu dibuat. Sebaliknya, status-status berkenaan dimuat naik diantara 6 hingga setahun sebelum cubaan kudeta ini dilakukan. Malah ada diantaranya di pecat serta merta akibat laporan risikan yang mereka sendiri tidak pasti, bila mereka disoal siasat.

    Menarik untuk disaksikan, semasa cubaan rampasan kuasa itu dilakukan, ribuan penduduk Ankara membanjiri jalan raya bagi menyekat pergerakan tentera yang ingin melakukan rampasan kuasa. Akibatnya, pergerakan kudeta ini dapat disekat dan seterusnya menggagalkan episod berdarah di Turki ini.

    Jika kita renungkan dalam konteks di Malaysia, harus diakui bahawa Malaysia sebuah negara yang aman dan stabil dari segi ekonomi mahupun politik. Sepanjang 59 tahun kemerdekaan negara, Malaysia belum pernah berhadapan dengan cubaan rampasan kuasa dari mana-mana agensi keselamatan negara.

    Namun begitu, sesuatu yang harus untuk kita akui adalah, semakin selesa rakyat Malaysia hari ini, semakin membiakkan perangai kebiadaban dan suka melawan dalam diri mereka. Kerajaan telah memberikan segala-galanya kepada rakyat termasuk keamanan, namun ada juga spesis rakyat Malaysia yang menidakkan semua yang mereka sendiri nikmati.

    Hari ini, jika kita lihat dilaman-laman sosial samada di Facebook, Twitter mahupun di Whatsapp, ada diantara mereka hari ini setiap hari menghentam kerajaan. Seolah-olah sudah menjadi satu zikir bagi mereka, mereka akan memainkan pelbagai tuduhan dan fitnah, hanya semata-mata mahu melihat kepimpinan hari ini dijatuhkan.

    Malah, lebih menyedihkan, ada diantara mereka yang berkhidmat dalam sektor kerajaan seperti guru, doktor, tentera, polis dan sebagainya. Golongan inilah yang dilihat begitu asyik memfitnah dan menyebarkan kebencian mereka kepada kerajaan, walhal, mereka hidup dan menyara keluarga mereka menerusi hasil titik peluh mereka dalam agensi kerajaan.

    Kerajaan hari ini baik sebenarnya. Sehingga kini, tiada yang dikenakan tindakan termasuk dipecat hanya kerana memainkan sentimen fitnah didalam media sosial mereka. Bayangkan jika mereka ini rakyat Turki hari ini. Sudah pastinya, Erdogan menjadikan mereka sebagai sasaran utama untuk di tahan dan dibuang kerja serta merta.

    Gambar Hiasan
    Bayangkan betapa bebasnya mereka yang bolehlah dianggap sebagai munafik ini. Mereka masih boleh bekerja, menikmati gaji bulanan, bebas melakukan apa sahaja tanpa sekatan walaupun setiap hari mereka memfitnah majikan yang membayar gaji mereka. Masih kejamkah kerajaan hari ini?

    Malah, tidak mustahil andai terjadinya tragedi di Turki ini di Malaysia, mereka yang begitu hebat menghentam kerajaan ini, langsung tidak merelakan diri dan nyawa mereka menjadi benteng kerajaan. Sebaliknya, merekalah antara yang akan melarikan diri menyelamatkan nyawa mereka terlebih dahulu. Inilah bezanya antara rakyat Turki dan rakyat Malaysia.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bezanya Mentaliti Rakyat Turki Dan Malaysia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top