My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 20 July 2016

    Kehilangan 5 kru kapal, mungkin diculik


    Polis belum mendapat petunjuk mengenai kehilangan lima anak kapal warga tempatan selepas penemuan sebuah kapal tunda bersama tongkang di perairan Dent Haven, Tambisan di sini kelmarin. 

    Dalam kejadian pukul 2 petang itu, kapal tunda yang didaftar dengan nama Serudong 3 membawa bersama tongkang Serudong 4 dengan muatan dipercayai batu ditemui terdampar di perairan berkenaan oleh sebuah bot tunda.

    Bagaimanapun, lima warga tempatan dengan empat daripada mereka berasal dari Tawau manakala seorang berasal dari Pahang yang disahkan berada di atas kapal berkenaan gagal dihubungi. 

    Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd. Rashid Harun berkata, pihaknya masih menyiasat mengenai kehilangan kelima-lima anak kapal itu dan tidak menolak kemungkinan mereka sudah diculik.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kehilangan 5 kru kapal, mungkin diculik Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top