My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 26 July 2016

    Segmen Filem : Serangan Jerung Putih



    Bayangkan anda terperangkap di atas batu, di tengah-tengah laut yang jaraknya hampir 200 meter dari pantai. Lebih menakutkan lagi, jarak itu bukan sahaja dipisahkan oleh air semata-mata, tetapi juga jerung putih yang mampu membunuh. Itu yang dipaparkan dalam filem baru, The Shallows yang menampilkan Blake Lively sebagai teraju utama. 

    Apa yang boleh diperkatakan mengenai The Shallows arahan pengarah Jaume Collet-Serra ini ialah jalan ceritanya ringkas, namun disunting dengan pelbagai elemen ‘thriller’, sekali gus bermain dengan psikologi penonton. Rata-rata memberikan kritikan positif kepada filem ini.

    Namun, akibat kehadiran banyak lagi filem lain, persaingan sangat sengit untuk mendapatkan jumlah kutipan tertinggi. Menurut Jaume dalam satu temu bual dengan media antarabangsa, watak Nancy itu sendiri dihasilkan bagi disesuaikan dengan Blake.

    “Saya tidak akan terus bersetuju dengan sesuatu skrip yang saya terima. Dari situ akan ada beberapa peringkat perbincangan. Untuk watak Nancy, saya jadikannya pintar dan kuat, sama seperti diri sebenar Blake,” katanya.

    Bagaimanapun, The Shallows masih berjaya mengumpul sehingga RM249.3 juta secara keseluruhan untuk tayangan di seluruh dunia. Jelas sekali, jumlah itu berjaya memberi keuntungan kepada produksi filem yang menelan belanja RM69.5 juta itu. The Shallows mengisahkan mengenai pelajar jurusan perubatan, Nancy Adams yang meneroka pantai di Mexico.

    Di pantai sama, Nancy punya kenangan manis bersama mendiang ibunya. Di situ juga, watak Nancy diekspresikan oleh Blake sebagai gadis yang beremosi dengan keluarga, terutama bapanya selepas kematian ibunya. Bagi mencari ketenangan, minatnya dalam bidang perubatan semakin pudar dan mencari ruang untuk diri sendiri dengan meluncur air.

    Di pantai yang tidak bernama itu, detik hitam dalam hidup Nancy bermula apabila dia diserang seekor jerung putih ketika meluncur. Dalam tempoh durasi 86 minit The Shallows ditayangkan, penonton dibawa bersama menemani Nancy yang melakukan pelbagai cara untuk menyelamatkan dirinya daripada serangan haiwan ganas itu.

    Lebih parah, paha kirinya parah akibat terkena serangan pertama dan kehilangan banyak darah. Bermain dengan emosi dan psikologi, Nancy menguatkan diri untuk bertarung nyawa dan pulang ke pantai. Bangkai paus, batu yang membentuk pulau kecil, boya dan pasang surut air laut menjadi peneman, sekali gus menyuntik pelbagai perasaan buat penonton.

    Sedikit sebanyak, The Shallows mengingatkan kepada filem Buried lakonan Ryan Reynolds dan Gravity lakonan Sandra Bullock apabila jumlah pelakon terhad dan satu lokasi dijadikan tunjang. Di Malaysia, The Shallows akan mula ditayangkan Khamis ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Segmen Filem : Serangan Jerung Putih Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top