Satu ketika dahulu, Persatuan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dilihat sebagai salah sebuah badan bukan kerajaan yang bergerak seiringan dengan UMNO dalam membela nasib dan masa depan kaum Melayu di Malaysia. Penubuhan PERKASA juga dikatakan sebagai alternatif bagi kaum Melayu untuk bergiat aktif didalam NGO berteraskan Melayu ini.
Suara mereka, walaupun tidak disenangi oleh kaum lain di Malaysia, sentiasa akan bergema dan akan disambut oleh ahlinya yang majoritinya adalam ahli UMNO itu sendiri. Malah, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali juga pernah berkata, beliau tidak akan membawa PERKASA menyertai atau bergiat aktif didalam arus politik semasa.
Bagi beliau, biarlah PERKASA bergerak sebagai NGO yang memperjuangkan nasib kaum Melayu di tanahair sendiri. Seruannya inilah yang telah berjaya menarik keahlian dari kaum Melayu tanpa mengira parti politik kerana mereka melihat, PERKASA adalah medium untuk mereka mencari kata sepakat dan sekaligus membentuk penyatuan kaum Melayu itu sendiri.
Namun, kesemua itu adalah cerita lama yang pada hari ini sudah tidak lagi nampak relevan lagi. Semuanya bermula sebaik sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan serangan peribadinya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib dan juga kerajaan Malaysia. Serangan demi serangan ini sedikit sebanyak menarik perhatian banyak NGO dan PERKASA tidak terkecuali.
Jika sebelum ini, mereka mendakwa akan mempertahan dan melindungi kerajaan Malaysia dari sebarang ancaman, secara tiba-tiba haluan PERKASA turut berubah. Daripada melindungi dan mengelakkan diri dari menyertai politik, mereka secara tiba-tiba bertukar menjadi sebuah pergerakan politik dan secara tidak langsung mengkhianati janji dan sumpah yang mereka buat terhadap kerajaan.
Mereka bertindak melindungi Tun M yang sama sekali bukan lagi Perdana Menteri Malaysia. Lebih menyedihkan, menerusi Datuk Ibrahim Ali, mereka seolah-olah mengiyakan sahaja setiap tindakan yang Tun M lakukan termasuk membela kredibiliti pemimpin DAP serta mempertikaikan penahanan Lim Guan Eng atasa tuduhan penyalahgunaan kuasa.
Dimana pendirian PERKASA yang satu ketika dahulu cukup dihormati? Jika dahulu, mereka cukup lantang mengatakan, adalah menjadi satu pengkhianatan dan penderhakaan pada mana-mana orang Melayu yang bertindak menentang kerajaan, adakah hari ini semua tindakan mereka bukan pengkhianatan dan penderhakaan?
Banyak NGO hari ini yang dilihat masih kekal setia mendukung perjuangan kerajaan dalam pentadbiran Malaysia. Lebih menarik lagi, NGO seperti Persatuan Minda Sosial dan Prihatin yang diketuai oleh Ramesh Rao juga bertindak seperti pelindung bagi kerajaan andai ada serangan dan fitnah dilemparkan kepada kerajaan.
Namun, PERKASA yang satu ketika dilihat sebagai ajen penyatuan Melayu dan memperjuangkan nasib Melayu, hari ini sudah jauh tersasar dari perjuangan mereka. Mereka lebih senang untuk menjadi jurucakap dan pejuang bagi Tun M daripada berpegang kepada janji dan sumpah mereka sendiri.
0 comments:
Post a Comment