My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 15 July 2016

    Ini Yang Dikatakan Mahathir Sebagai Misi Menyelamatkan UMNO?



    Masih ingat kata-kata Tun Dr Mahathir Mohamed diawal kebangkitan penentangannya terhadap kerajaan beberapa tahun lalu? Beliau pernah berkata, apa yang beliau lakukan adalah demi menyelamatkan UMNO dari "tangan-tangan" kotor (dimaksudkan Datuk Seri Mohd Najib) yang pada masa itu kononnya sedang rakus mahu menjahanamkan UMNO.

    Ketika itu, ramai yang mempercayai apa yang dikatakan oleh Tun M sehinggakan UMNO pada satu ketika pernah berhadapan dengan perpecahan dalaman akibat tindakan Tun M ynang secara jelas mahu menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib.

    Pelbagai cara dilakukan olehnya termasuk mengaitkan semula kes pembunuhan model sambilan dari Mongolia, Altantuya Sharibuu, isu 1MDB, isu kapal selam, malah isu lapuk seperti tuduhan fitnah kononnya Datuk Seri Mohd Najib pernah ditangkap khalwat dengan penyanyi terkenal, Ziana Zain.

    Malah, Tun M juga pernah mendakwa, Datuk Seri Mohd Najib telah membawa lebih banyak kehancuran kepada negara dari apa yang beliau bina sepanjang pentadbirannya selama 22 tahun. Semua itu begitu mudah diterima dan dihadam oleh para pengikutnya sehingga ada diantaranya bertindak cukup biadab dan kurang ajar terhadap pemimpin negara.

    Sebaik sahaja Tun M secara terbuka menyebelahi pembangkang sewaktu Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, ramai dikalangan penyokong tegarnya mula berfikir, adakah Tun M benar-benar mahu menyelamatkan UMNO atau mahu menjahanamkan UMNO.

    Apa yang berlaku petang tadi menyerlahkan hakikat bahawa Tun M bukan lagi mahu menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib, sebaliknya beliau memang mahu menjahanamkan UMNO dengan mempergunakan Pakatan Harapan sebagai batu loncatannya.

    Pastinya, keputusan beliau untuk menubuhkan parti baru dan sekaligus menyertai Pakatan Harapan bagi membentuk blok pembangkang baru, jelas menunjukkan hasrat dan keinginan beliau. Malah, keberanian beliau untuk mengkhianati kali kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya menunjukkan beliau benar-benar serius dalam gerakannya kali ini.

    Beliau pasti tidak keseorangan kerana langkah beliau ini pasti akan diikuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Mukhriz, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan ramai lagi yang selama ini menjadi hamba suruhan kekal Tun M dalam gerakannya.

    Jadi tidak salah untuk mengatakan bahawa Tun M sedang mengutip semua "sampah sarap" UMNO yang jelas tidak lagi diingini oleh UMNO akibat pengkhiantan yang mereka lakukan. Lebih melucukan, Tun M bakal menggabungkan sampah sarap UMNO bersama-sama sampah sarap PAS didalam Pakatan Harapan.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ini Yang Dikatakan Mahathir Sebagai Misi Menyelamatkan UMNO? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top