My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 26 July 2016

    Sasar Jual 11,000 Unit


    Tree Movement (M) Sdn Bhd, pengedar motosikal elektrik jenama Treeletrik Eco-bikes di Malaysia menyasarkan jualan sehingga 11,000 unit dalam tempoh 12 bulan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Michael Yap berkata, buat masa ini, pihaknya memperkenalkan dua model varian T-90 dan T-Cargo yang akan berada di pasaran penghujung September ini. 

    Menurutnya, satu lagi varian akan diperkenalkan pada November ini menerusi T-70 di mana harga motosikal elektrik berkenaan bermula dari RM4,500. “Motosikal kami tawarkan adalah mampu milik dengan menyasarkan dua peratus penguasaan pasaran bagi segmen motosikal di negara ini.

    “Kami juga akan memperkenalkan satu model baharu setiap enam bulan bagi melengkapkan rangkaian produk motosikal elektrik jenama Treeletrik E-bikes di negara ini,” katanya selepas memperkenalkan jenama motosikal elektrik itu di sini, semalam.

    Majlis itu disempurnakan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Pengerusi Tree Movement (M) Sdn Bhd, Majid Manjit Abdullah.

    Motosikal jenama Treeletrik E-bikes mudah diurus dengan sistem pacuan terus, selain ditawarkan stesen mengecaj mudah alih serta pilihan bateri gantian. Sementara itu, Majid berkata, kenderaan Treeletrik E-bikes direka berdasarkan kualiti dan integriti dengan menawarkan pengalaman menunggang luar biasa.

    “Misi kami mahu menyediakan pilihan pengangkutan yang bersih, selamat, murah serta penyelenggaran minimum. “Hasil kajian dijalankan syarikat berhubung kos penyelenggaran motosikal di Malaysia dalam tempoh tiga tahun, ternyata Treeletrik E-bikes mampu menjimatkan hingga RM5,684 berbanding jentera dua roda biasa,” katanya.

    Menurutnya, kehadiran motosikal itu juga sejajar aspirasi Malaysia untuk mempunyai lebih 100,000 kenderaan elektrik di Malaysia menjelang 2020.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sasar Jual 11,000 Unit Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top