My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 19 July 2016

    Jangan Terpedaya Iklan Menarik

    KARNIVAL: Jainab (empat kanan) melancarkan gimik perasmian penutupan Karnival Pendidikan dan Kerjaya Peringkat Daerah Inanam, kelmarin.

    Ibu bapa pelajar dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan pelbagai iklan menarik daripada ejen atau sindiket yang menjadi dalang kepada institut pengajian tinggi (IPT) yang tidak diiktiraf pensijilannya. 

    Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata, kerajaan amat menitik berat usaha membanteras isu itu dengan mengalu-alukan penganjuran karnival berorentasikan pendidikan sebagai model ‘one stop centre’ di setiap peringkat mahupun daerah. 

    “Kebanyakan mangsa adalah belia yang mahu melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang disebabkan mereka masih kabur dengan iklan menarik daripada IPT yang tidak diiktiraf pensijilan sesudah mereka tamat pengajian.

    “Ekoran itu, timbullah masalah kesukaran mendapatkan kerja dan seterusnya mereka kecewa sehingga mengambil keputusan terjebak dengan kancah sosial seperti menagih dadah, kejutan budaya dan sebagainya,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Karnival Pendidikan dan Kerjaya Peringkat Daerah Inanam 2016 anjuran Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (Pribumi’s) bersama Pusat Pengambilan Pelajar Borneo (PPPB), di sini kelmarin.

    Jainab menggesa agar lebih banyak pihak sama ada agensi swasta mahupun kerajaan dapat bekerjasama memberi kesedaran dan pendedahan kepada belia melalui penganjuran karnival pendidikan.

    Mengulas karnival pula, beliau merakamkan ucapan tahniah kepada pihak penganjur yang bersungguh-sungguh merealisasikan program yang julung kali diadakan itu. Menurutnya usaha itu menunjukkan bahawa semangat muafakat yang padu dalam kalangan syarikat berorentasikan pendidikan bersama agensi kerajaan mampu menjayakan program yang memberi manfaat besar kepada golongan belia.

    Justeru, beliau berharap agar program sedemikian akan terus dilaksanakan oleh semua pihak dalam memberi kesedaran dan pemahaman kepada para belia mengenai hala tuju pendidikan setelah mereka tamat persekolahan.

    Sementara itu, Pengarah Urusan Pusat Pengambilan Pelajar Borneo Mexnuel Pinus berkata program itu juga sebagai medium interaksi informal yang membolehkan para pelajar, ibu bapa dan pendidik mendapatkan maklumat mengenai peluang pengajian dan pembiayaan yang ditawarkan oleh IPTA, IPTS serta agensi pembiaya secara langsung.

    “Sekiranya peluang yang disediakan ini diberi perhatian serius yang golongan sasar, maka isu memilih institusi pengajian, kursus yang ditawarkan, pembiayaan dan sebagainya dapat diselesaikan dengan mudah.

    “Maka dengan itulah, PPPB bersama rakan institut pengajian tinggi yang lain amat berbangga kerana dapat bekerjasama dengan jabatan kerjaaan dalam melaksanakan misi tanggungjawab sosial ini,” katanya.

    Terdahulu, karnival yang berlangsung selama dua hari itu melibatkan lima IPTS seperti Asia Metropolitan University, Kolej Cosmopoint, Kolej Eastern, Kolej Almacrest International dan UNITAR. Antara pengisian program termasuklah pameran setiap IPTS, pameran Job Malaysia, pemeriksaan kesihatan, akitiviti riadah dan sesi derma darah.

    Hadir sama, Presiden Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah Datuk Abdul Tani Loh, Ahli Dewan Undangan Negeri Inanam Dr Roland Chia dan Pengerusi JKKK Nountun Jilus Barry Motogil.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jangan Terpedaya Iklan Menarik Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top