Bagi kaum lelaki, istilah lemah tenaga batin merupakan antara isu paling sensitif untuk disebut. Ada diantara kaum lelaki memilih untuk memencilkan diri, namun ada juga diantaranya akan berubah menjadi berang dan sanggup melakukan apa sahaja. Inilah yang berlaku kepada Calvin Soepargo, Selasa lalu.
Gara-gara berang selepas dihina lemah tenaga batin, seorang lelaki bertindak membunuh seorang wanita sebelum mencampak mayat mangsa yang disumbat di dalam tong. Mayat Farah Nikmah Ridhallah, 23, ditemui sudah busuk di dalam sebuah tong plastik berhampiran plaza tol Pantai Indah Kapuk di Jakarta Utara pada Selasa lalu.
Katanya, suspek memberitahu dia bertemu dengan Farah di sebuah apartmen di sini pada malam Jumaat lalu dan membuat hubungan seks. Pada keesokan harinya dia mengajak Farah sekali lagi membuat hubungan seks, tetapi ditolak wanita itu sambil berkata, ”Kamu keluarnya cepat, mengapa mahu teruskan lagi.”
Kata-kata Farah itu menyebabkan Calvin marah dan dia terus memukul mangsa sebelum mencekik wanita itu hingga mati. Kerana panik, suspek mengambil satu tong plastik dan menyumbat mayat mangsa di dalamnya sebelum dibuang. MenurutAwi, Calvin kini ditahan polis dan akan didakwa atas tuduhan membunuh.
0 comments:
Post a Comment