My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 19 July 2016

    Usah Guna Aksesori Tiruan


    Lazimnya segelintir daripada kita tidak pernah mengambil berat berhubung aksesori kenderaan sama ada tulen atau tiruan. Pastinya ia tampak bergaya dan murah berbanding aksesori tulen yang disarankan oleh pengeluar kenderaan. 

    Menurut Penolong Pengurus Pengiklanan dan Promosi/Perhubungan Awam Honda Malaysia Sdn Bhd (HMSD), Jordhat Johan. setiap aksesori HMSD dibuat dengan teliti menerusi Pembangunan dan Penyelidikan (R&D), ujian kualiti dari segi ketahanan serta kekuatan bagi memastikan kualiti barangan adalah terbaik.

    Menurutnya, setiap aksesori luaran atau kit badan terlebih dahulu diuji menerusi terowong angin untuk aerodinamiknya, selain menjalani ujian keretakan serta ketahanan lebih rapi. Katanya, bagi pasaran tempatan HMSD menawarkan aksesori Modulo iaitu satu daripada syarikat Honda Access untuk pasaran Asia Oceania yang dibuat di Thailand, manakala produk Mugen dari Jepun.

    “Buat masa ini, aksesori jenama Mugen hanya dikeluarkan untuk Honda Jazz yang sebelum ini turut ditawarkan bagi Honda Civic generasi kelapan. Bagi model Honda Civic generasi kelapan, aksesori Mugen dibuat secara tempatan dengan kerjasama syarikat talaan dari Jepun itu supaya harga ditawarkan lebih kompetitif,” katanya.

    Jordhat berkata, jika menggunakan produk aksesori tulen, ia lebih terjamin lebih-lebih lagi membabitkan komponen elektronik berbanding yang lain kerana perlu melakukan pemotongan wayar untuk pemasangan.

    Menurutnya, aksesori tulen menyenangkan pelanggan bagi mengelakkan kerosakan, selain ia boleh dimiliki ketika membeli kereta baharu dengan kos dimasukkan ke dalam pinjaman bank. 

    “Sebenarnya, masih ramai tidak sedar aksesori tulen ketika membeli kereta baru ada jaminan tiga tahun dan pada masa sama HMSD mempertingkatkan promosinya bagi memastikan keselamatan serta kesenangan mereka.

    “Jaminan ini merangkumi kerosakan atau keretakan akibat pengeluaran daripada kilang dan bukan akibat kemalangan,” katanya.

    Sementara itu Jordhat berkata, HDMS juga menawarkan filem cermin atau ‘tint’ yang kadar kegelapannya diluluskan oleh pihak berkuasa dan yang paling penting ia mampu mengurangkan kepanasan dalam kenderaan.

    “Filem ini akan menghalang tenaga solar dengan memantul balik dan ia memberi kadar penglihatan lebih jelas berbanding kegelapan yang tidak diluluskan oleh pihak berkuasa. Cara pemasangan juga berbeza berbanding memasang di kedai aksesori. Ini kerana pihak kami tidak akan membuka panel pintu untuk pemasangan filem itu yang berkemungkinan menyebabkan kerosakan komponen lain,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Usah Guna Aksesori Tiruan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top