My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 18 July 2016

    Suspek Utama Kes Bill Kayong Lari Ke Australia



    Polis mengesahkan seorang suspek bergelar Datuk yang diburu berikutan kes pembunuhan Setiausaha PKR cawangan Miri, Bill Kayong dipercayai berada di Australia. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner S. Dev Kumar berkata, suspek melarikan diri ke luar negara pada 23 Jun lalu iaitu dua hari selepas kejadian.

    Kita akan menggunakan saluran undang-undang yang ada untuk membawa suspek balik ke negara ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

    Ketika ditanya mengenai dua lagi suspek yang juga sedang diburu, Dev Kumar berkata, mereka dipercayai masih berada di dalam negara dan usaha mengesan terus giat dilakukan.

    Bill atau nama Islamnya, Mohd. Hasbie Abdullah ditemui mati di dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipandu ahli politik itu akibat terkena tembakan pada leher di persimpangan lampu isyarat Jalan Miri-Bintulu ketika dalam perjalanan menuju ke pejabatnya pada 21 Jun lalu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Suspek Utama Kes Bill Kayong Lari Ke Australia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top