Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, banyak yang memperkatakan tentang kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Semua ini dirancang oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng disebalik tuduhan penyalah gunaan kuasa yang disabitkan keatasnya baru-baru ini.
Disebalik pelbagai khabar yang tersebar, pelbagai tarikh diberikan, namun sehingga hari ini, DUN Pulau Pinang masih belum lagi dibubarkan oleh Guan Eng. Pelbagai alasan diberikan oleh Guan Eng antaranya, masih belum mendapat persetujuan daripada PKR yang juga sekutunya untuk membolehkan Guan Eng mencadangkan pembubaran DUN.
Timbul satu persoalan, adakah Guan Eng benar-benar serius untuk membubarkan DUN Pulau Pinang? Menyoroti permasalahan yang timbul di dalam kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini, kemungkinan itu ada. Ini kerana, Guan Eng menerusi DAP, pasti mahu pentadbiran negeri diuruskan oleh DAP secara sendirian, tidak ada perkongsian dengan PKR seperti hari ini.
Walaupun tidak pernah mengumumkan secara terbuka, Guan Eng dipercayai mengesyaki dua ADUN PKR yang dipecat dari menerajui dua GLC kerajaan negeri sebagai punca terdedahnya pelbagai laporan salah guna kuasa yang disebarkan sehingga menyaksikan Lim Guan Eng kini diheret ke mahkamah.
Disamping itu juga, DAP mahu menyediakan bakal Ketua Menteri yang baru bagi mentadbir Pulau Pinang andai Lim Guan Eng didapati bersalah atas tuduhan yang beliau hadapi. Masalahnya kini, mereka masih gagal untuk memujuk PKR untuk tidak bertanding dimana-mana kerusi DUN atau setidak-tidaknya mempertahankan kerusi yang mereka menangi pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.
PKR dilaporkan berkeras untuk kekal bertanding di kerusi-kerusi yang mereka secara tradisinya bertanding dan oleh kerana itulah, hajat Lim Guan Eng untuk membubarkan DUN masih belum dapat dilaksanakan.
Cuma yang menariknya disini, Lim Guan Eng dikatakan telah memberi kata dua kepada PKR untuk memutuskan sesuatu sebelum hari Jumaat ini. Ini kerana, menurut beberapa sumber kerajaan negeri, Lim Guan Eng bakal membubarkan DUN pada petang Jumaat, andai mendapat persetujuan daripada Tuan Yang Terutama dan Yang Di Pertuan Agong.
Andai ini berlaku, pastinya, Pilihan Raya Negeri akan diadakan dan seterusnya DAP menyerahkan semula semua kuasa mereka kepada rakyat dan sekaligus menyaksikan, Lim Guan Eng kekal enggan melepaskan jawatannya walaupun didesak. Andai DAP berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri ini nanti, Guan Eng akan mempergunakan alasan, rakyat Pulau Pinang masih mahukan kepimpinannya di negeri ini.
0 comments:
Post a Comment