My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 6 October 2016

    FIFA 17, Lebih Gah Dan Realistik!



    Kebiasaannya, sesebuah permainan video menampilkan sekurang-kurangnya satu elemen penting yang menjamin kekuatan francais. FIFA 17 antara keluaran terbaru EA Sports yang meletakkan mod perseorangan sebagai identiti permainan. 

    Secara ringkasnya, EA Sports tidak mahu ketinggalan dalam menyampaikan naratif yang baik menerusi mod The Journey. Ia mengikuti perjalanan watak utama, Alex Hunter yang mengejar impian menjadi pemain bola sepak profesional. The Journey lebih kepada risiko, drama dan debaran dihadapi Alex melalui refleksi gaya hidup dan realiti sebenar dalam dunia bola sepak.

    Mod ini meminjam formula sedia ada sembilan tahun lalu iaitu Be A Pro. Alex memilih satu daripada 20 kelab utama bagi Liga Perdana Inggeris dan menentukan posisinya dalam bentuk dialog. Lebih menarik, ‘cutscene’ disertakan bagi menyempurnakan naratif ingin disampaikan. Tidak seperti permainan video lain, FIFA 17 tidak teragak-agak menghukum karakter utamanya.

    Alex diberi cabaran dalam setiap perlawanan jadi sudah semestinya perhatian diberikan kepadanya untuk menjaringkan gol. Sekiranya anda mendapat rating bawah 7.0 pada separuh masa kedua, kemungkinan Alex akan direhatkan sebagai pemain simpanan. Namun, anda diberi pilihan di sini untuk bermain sebagai Alex atau mengawal seluruh pasukan.

    Bagaimanapun, dalam mod ini, Alex sentiasa menjadi tumpuan kerana Kercerdasan Artifial (AI) bermain lebih pasif. Ia juga membawa satu makna tidak baik apabila anda terlalu berharap pada Alex untuk jaringan gol tanpa mengira posisinya, ia menjadi lebih sukar berbanding pengawalan satu pasukan.

    Explorasi karier

    Menariknya selain menjadi fokus utama, pemilihan dialog membentuk personaliti Alex dan ada kesannya. Ini sebahagian tugas pemain menentukan apa yang bakal terjadi dalam kehidupan Hunter. Sebagai contoh, Alex boleh membawa sikap sombong, bersahaja dan lain-lain bergantung kepada pemilihan dialog ketika bersama pengurus, wartawan dan individu lain.

    Langkah ini membuka peluang kepada pelbagai faktor seperti peminat, penajaan dan peningkatan prestasi. Anda yang tentukannya. Tapi penulis percaya mungkin ada yang bertanya mengapa Hunter? Mengapa tidak memilih karakter lain?

    Kenyataan itu disuarakan Penerbit FIFA 17, Aaron Mchardy dalam temu bualnya bersama DigitalSpy. “Kami memerhati dunia bola sepak, pembentukan liga dan pemain muda yang berbakat. Justeru, kami memilih karakter yang mewakili semua itu.

    “Malah, sekatan kepada pemain untuk mencipta karakter sendiri ada sebabnya. Pertama, kami ingin pemain menyelami dunia bola sepak sebenar. Jika anda jaringkan gol dan berbangga dengannya, anda akan rasa kemenangan itu dirasai sepenuhnya oleh karakter dimainkan iaitu Alex.

    “Jika boleh cipta karakter sendiri yang menyerupai anda, pastinya impak itu berbeza kerana anda tidak kisah pencapaian pada akhirnya. Justeru, kami ingin pemain mengawal Hunter dan menolongnya mencapai impian bermula dari bawah.

    “Ini kerana objektifnya ialah menjadikan Alex dikenang kerana personaliti dan tingkah lakunya yang ditentukan oleh anda sendiri. Pemain akan faham pahit getir kehidupan seseorang pemain bola daripada perspektif berbeza,” katanya.

    INFO: FIFA 17

    • Menggunakan enjin Frostbite yang membawa perubahan pada grafik.
    • Dikeluarkan pada 29 September lalu.
    • Mod The Journey adalah kekuatan utama FIFA 17.
    • FIFA Ultimate Team (FUT) membolehkan anda mengadakan urusan jual beli pemain dalam bentuk kad.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: FIFA 17, Lebih Gah Dan Realistik! Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top