My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 1 August 2017

    Jangan Mimpi Untuk Tawan Johor



    Bukan satu rahsia apabila Pakatan Harapan yang kini diterajui oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi Parti Pribumi bersatu Malaysia (PPBM), menyasarkan beberapa buah negeri untuk ditawan pada Pilihan Raya Umum ke 14 nanti. Antara negeri yang disasarkan adalah Kedah, Perak, Melaka, Johor dan Pahang selain dari mengekalkan Selangor dan Pulau Pinang.

    Apa yang menariknya adalah, negeri Johor dan Melaka yang selama ini menjadi kubu kuat buat UMNO dan Barisan Nasional, mahu ditawan dan keyakinan itu begitu kerap berkumandang disemua lokasi ceramah umum yang mereka adakan.

    Tidak dapat di nafikan, Johor menawarkan sebanyak 26 buah kerusi Parlimen dan Melaka menawarkan 6 kerusi Parlimen. Jumlah kerusi yang dimiliki oleh Johor ini adalah yang kedua tertinggi di dalam jumlah keseluruhan kerusi Parlimen di seluruh negara. Justeru, bukan satu yang menghairankan apabila Johor diletakkan sebagai sasaran utama Pakatan Harapan untuk ditawan.

    Persoalannya, mampukah Pakatan Harapan menawan Johor yang selama ini memang menjadi kubu kuat UMNO dan Barisan Nasional? Mengimbau semula keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, Barisan Nasional berjaya menawan 20 buah kerusi Parlimen dengan hanya 6 kerusi dimiliki oleh Pakatan Rakyat (hari ini dikenali sebagai Pakatan Harapan).

    Semasa Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, antara penyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat di Johor adalah datangnya dari DAP yang berjaya menawan 4 buah kerusi iaitu di Gelang Patah, Bakri, Kluang dan Kulai. PKR pula memilikii satu kerusi iaitu di Batu Pahat manakala 1 lagi kerusi datangnya dari pembelot utama UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasin di Pagoh.

    Melihat kepada 5 buah kerusi yang dimenangi oleh DAP dan PKR ini, majoriti pengundi di kawasan berkenaan adalah datangnya dari kaum Cina yang menguasai lebih 50 peratus. Manakala di Pagoh pula, kemenangan Muhyiddin di sana disebabkan dia bertanding atas tiket Barisan Nasional sebelum menjadikan kerusi berkenaan milik pembangkang menerusi PPBM.

    Melihat akan keadaan itu, adakah Pakatan Harapan cukup yakin bahawa kesemua pengundi di semua Parlimen di Johor terutamanya kaum Cina di sana akan menyebelahi mereka semula memandangkan keadaan Pakatan Harapan sendiri berada dalam keadaan kucar kacir? Adakah parti Cina di dalam barisan Nasional seperti MCA dan Gerakan hanya membiarkan keadaan seperti ini berterusan?

    Mari kita lihat bagaimana Pakatan Harapan mahu mengejar kuasa di Johor tanpa memperdulikan masalah rakyat. Sejak hari pertama selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum ke 13 lalu, setiap hari, kesemua Ahli Parlimen pembangkang terutamanya sekali Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, hanya memainkan isu nasional tanpa memperdulikan nasib rakyat yang mereka wakili.

    Hari ini, keadaan sudah jauh berubah. Rakyat bawahan hari ini bijak menggunakan kuasa mereka untuk memilih, calon mana yang boleh menjadi suara mereka di Parlimen, bukan ahli politik yang hanya muncul apabila tiba musim pilihan raya tetapi lesap selepas pilihan raya. Justeru, ingin ditanyakan, berdasarkan prestasi 6 orang Ahli Parlimen pembangkang ini, layakkah mereka mendapat peluang kedua?

    Paling utama, kesemua jentera Pilihan Raya Barisan Nasional terutamanya UMNO, MCA, MIC dan kesemua parti lain sedang menyiapkan jentera mempertahankan kubu kuat BN sejak dahulu. MCA sebagai contoh, dengan komitmen berterusan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, hati dan corak pengundi kaum Cina di Johor sedang cuba ditawan dan dilembutkan.

    Beliau sendiri mengakui parti MCA adalah parti yang sentiasa mengambil berat terhadap masalah dan isu-isu yang dihadapi rakyat berbanding parti-parti pembangkang yang hanya tahu mengkritik sepanjang masa tanpa memperdulikan masalah rakyat. Justeru, hasrat Pakatan Harapan mahu menawan Johor seperti yang mereka kerap laungkan itu hanyalah satu mimpi yang tidak akan mungkin jadi kenyataan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Jangan Mimpi Untuk Tawan Johor Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top