My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 7 November 2017

    ‘Kita Bukan Lagi Negara Belasahan’



    WALAUPUN gagal mencapai objektif sebagai empat pasukan terbaik Asia apabila menamatkan kempen Piala Asia 2017 di tempat kelima, namun sebenarnya skuad hoki wanita negara berjaya meraih sesuatu yang positif sepanjang kejohanan tersebut. 

    Ketua pasukan, Siti Noor Amarina Ruhani mendedahkan, empat pasukan elit iaitu India, China, Korea Selatan dan Jepun kini berasa terancam dengan kehadiran Malaysian Tigress yang selama ini sering menjadi pasukan kelima terbaik Asia.

    Apa tidaknya, skuad negara berjaya memberi tentangan hebat dan hampir meraih kemenangan sebelum akhirnya terpaksa akur tewas kepada gergasi-gergasi tersebut yang memiliki pengalaman luas pada Piala Dunia dan Sukan Olimpik.

    “Penampilan kali ini sudah menyedarkan empat gergasi Asia bahawa Malaysia bukan lagi pasukan belasahan berbanding sebelum ini. Kami tewas tipis kepada China, India serta Jepun tetapi sebenarnya hampir menang ke atas mereka. Saya boleh katakan jurang antara kami dengan pasukan-pasukan ini sudah tidak jauh dan mampu setaraf dengan mereka.

    “Dahulu mereka dengan mudah mengalahkan kita. Mungkin pada masa akan datang mereka pula yang akan berdepan masalah menentang Malaysia,” katanya kepada Kosmo! di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

    Malaysian Tigress, No. 22 dunia, meraih tempat kelima selepas menewaskan Thailand (No. 31 dunia) 4-0 pada hari terakhir saingan Piala Asia 2017 di Stadium Green Kawasaki di Kakamigahara, Jepun kelmarin.

    Sepanjang saingan di sana, skuad bimbingan Muhammad Dhaarma Raj Abdullah itu tewas tipis kepada China (No. 8 dunia) 4-5 dan menang 8-0 ke atas Singapura (No. 40 dunia) sebelum dikalahkan 2-0 India (No. 12 dunia) dalam kempen Kumpulan B.

    Malaysian Tigress akur gagal melangkah ke pentas separuh akhir apabila kecundang 0-2 di tangan tuan rumah, Jepun (No. 11 dunia) pada aksi suku akhir sebelum menang 2-1 terhadap Kazakhstan (No. 34 dunia) dan 4-0 ke atas Thailand kelmarin.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ‘Kita Bukan Lagi Negara Belasahan’ Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top