My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 7 November 2017

    Mana Pergi Mereka Yang Mahu Selamatkan Malaysia?



    Laungan Selamatkan Malaysia kerap kali di mainkan oleh pembangkang terutamanya Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan "abang besar" Pakatan Harapan, Lim Kit Siang. Boleh dikatakan, kesemua aktiviti mereka akan berkisar kepada slogan Selamatkan Malaysia walaupun tidak jelas, mereka mahu selamatkan Malaysia dari apa sebenarnya.

    Sekali imbas, laungan mereka ini begitu mudah meresapi kedalam jiwa para penyong mereka. Namun, bagi mereka yang mampu berfikir dengan waras, pastinya slogan mereka ini disambut dengan penuh sinis dan langsung tidak memberi apa-apa makna buat mereka.

    Lihat sahaja dalam kes kejadian banjir dan tanah runtuh di Pulau Pinang. Mereka-mereka yang begitu beriya-iya melaungkan slogan Selamatkan Malaysia boleh dikatakan tidak kelihatan. Adakah mereka fikir, Pulau Pinang ini bukan terletak di dalam Malaysia sehinggakan pemimpin Pakatan Harapan yang begitu beriya-ia mahu selamatkan Malaysia, langsung tidak turun membantu?

    Jika ada sekalipun, kehadiran Presiden Pakatan Harapan dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang mengadakan kunjungan sehari semasa hari kedua banjir berkenaan  berlaku di Pulau Pinang. Itupun, kehadirannya hanyalah untuk melambai kepada mangsa banjir dan mengambil gambar, kononnya dia sudah melakukan tanggungjawabnya terhadap penduduk di Permatang Pauh.

    Mana perginya Datuk Seri Azmin Ali, Lim Kit Siang, Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Nurul Izzah Anwar dan lain-lain lagi? Adakah mereka takut lemas sehingga begitu takut untuk membantu rakan baik mereka di dalam Pakatan Harapan, Lim Guan Eng yang dilihat terkapai-kapai untuk menyelesaikan masalah ini?

    Lebih melucukan, menurut laporan, Lim Guan Eng lebih rela untuk membuat panggilan telefon kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dari membuat panggilan telefon kepada Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir. Adakah dalam kes ini, Lim Guan Eng sendiri tidak yakin dengan kemampuan Mahathir memimpin Pakatan Harapan?

    Dalam hal ini, sebenarnya, kerajaan sentiasa prihatin terhadap nasib penduduk yang dilanda banjir. Buktinya, pada jam 12.40 tengah malam, 4 November lalu, Batalion 509 Askar Wataniah telah tiba terlebih dahulu untuk membantu penduduk berpindah. Apa yang melucukan adalah, pada jam 3.30 pagi, Lim Guan Eng baru menalifon Datuk Seri Dr Ahmad Zahid untuk meminta bantuan.

    Di sinilah persoalan pokok akan timbul, kemanakah perginya pemimpin yang melalak terlolong diatas pentas yang mahu menyelamatkan Malaysia? Kenapa mereka dan pasukan anak muda mereka tidak sendiri pergi ke Pulau Pinang membantu penduduk yang terjejas?

    Sangat jelas di sini bahawa laungan Selamatkan Malaysia yang begitu kerap mereka kumandangkan diatas pentas-pentas politik hanyalah satu retorik. Mereka sendiri hanya tahu menghasut rakyat dan disaat rakyat menderita akibat kerakusan salah seorang pemimpin mereka, mereka lebih senang duduk diam di rumah dan memerhatikan penderitaan penduduk berkenaan di kaca-kaca televisyen.

    Selamatkan Malaysia la sangat!

    Artikel diterbitkan pada Selasa, 7 November 2017.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mana Pergi Mereka Yang Mahu Selamatkan Malaysia? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top