My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 7 December 2017

    Inilah Perhimpunan Agung UMNO Paling Berjaya Dalam Sejarah


    Selama berdekad-dekad UMNO mengadakan Perhimpunan Agung UMNO yang menghimpunkan beribu-ribu ahli UMNO dari seluruh negara, samada diadakan secara berselerak di beberapa buah hotel di sekitar Kuala Lumpur sehinggalah akhirnya diadakan secara tetap di PWTC, ianya tidak pernah kering dari mendapat sokongan dari ahli UMNO itu sendiri.

    Jika diimbas semula beberapa Perhimpunan Agung sebelum ini, bolehlah dianggap, sepanjang 71 tahun kewujudan UMNO, inilah himpunan yang dianggap paling berjaya dan tersusun dalam sejarah penubuhan UMNO.

    Manakan tidak, buat pertama kalinya, perhimpunan ini menggunakan sistem digital sepernuhnya termasuk aturcara program perhimpunan kali ini. Para perwakilan boleh melihat sendiri aturcara perhimpunan ini menerusi online. Malah, di hampir setiap penjuru strategik, terdapat skrin besar yang memaparkan sesi perbahasan perwakilan di semua ketiga-tiga sayap parti.

    Untuk kesemua ini, sekalung tahniah diucapkan kepada Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang dilihat berjaya menganjurkan Perhimpunan Agung UMNO yang diakui Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai paling meriah, paling berjaya dan paling ramai dihadiri oleh ahli UMNO.

    Semuanya hasil daripada gerak kerja dan siri jelajah Tan Sri Annuar ke akar umbi bagi membangkitkan semula semangat ahli-ahli UMNO. Malah, beliau telah menggerakkan seluruh jentera UMNO setempat bagi memastikan iltizam dan semangat ahli UMNO sentiasa malar segar bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14.

    Ketika menemui beberapa orang ahli UMNO yang ada di PWTC, masing-masing mengakui, penganjuran Perhimpunan Agung UMNO ke 2017 kali ini mereka anggap sebagai penuh kelainan. Manakan tidak, aura perjuangan UMNO kuat dirasai dengan kemeriahannya lebih dirasai berbanding sebelum ini.

    Sekali lagi sekalung tahniah diucapkan kepada Tan Sri Annuar Musa dan kesemua mereka yang terlibat dalam Perhimpunan Agung UMNO kali ini.

    * Artikel ini diterbitkan pada 7 Disember 2017
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Inilah Perhimpunan Agung UMNO Paling Berjaya Dalam Sejarah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top