My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 4 December 2017

    Lelaki Mati Lemas Ketika Seberang Sungai



    Seorang lelaki tempatan dijumpai mati lemas dipercayai terjatuh lalu dihanyutkan arus deras di Sungai Narinang di sini pagi tadi. Mangsa, Balture Goyong, 38, ditemui orang awam di tepi sungai sejauh dua kilometer dari lokasi kejadian pada pukul 7.20 pagi. 

    Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud, Pegawai Kanan II, Thomas Bolu berkata, difahamkan sebelum insiden berkenaan lelaki tersebut bertindak menyeberangi sungai namun, dipercayai tergelincir lalu dihanyutkan arus deras kira-kira pukul 4 pagi.

    “Sehubungan itu, seramai empat anggota dan sebuah pacuan empat roda dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.30 pagi. Bagaimanapun, dimaklumkan mangsa ditemui di tepi sungai oleh penduduk kampung yang melalui di kawasan kejadian terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

    Tambah Thomas, mangsa yang berasal dari Kampung Taginambur dekat sini kemudiannya, diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Punca kejadian masih dalam siasatan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lelaki Mati Lemas Ketika Seberang Sungai Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top