My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 6 December 2017

    Saki-Baki Two Brothers Diburu



    Pasukan keselamatan giat memburu seorang lagi anggota kumpulan Remy atau dikenali sebagai Two Brothers yang aktif melakukan penculikan untuk wang tebusan (KFR) selain terlibat dalam pelbagai jenayah rentas sempadan di perairan negeri ini. 

    Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, maklumat risikan mendapati, suspek yang diburu itu kini dipercayai berada di selatan Fili­pina dan sering kali berlegar untuk memasuki perairan negara.

    Katanya, kumpulan Two Brothers yang dianggotai 11 individu merupakan kumpulan yang aktif melakukan jenayah rentas sempadan sejak tahun 2014 sehingga penghujung 2015.

    “Empat anggota kumpulan ber­kenaan telah ditembak mati oleh pasukan keselamatan Filipina manakala seorang lagi dikenali Abu Paliyak, 31, ditembak mati oleh pasukan ke­selamatan negera di perairan dekat Pulau Kalung Kalungan, Lahad Datu, semalam (kelmarin).

    “Lima lagi anggota kumpulan itu berjaya ditahan oleh pasukan keselamatan Filipina manakala seorang lagi masih bebas,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Saki-Baki Two Brothers Diburu Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top