Bermula esok, parti tunjang Barisan Nasional, UMNO akan memulakan persidangan mereka buat kali ke 71. Ramai yang ingin melihat, kemana arah tuju UMNO dalam mengepalai Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke 14 nanti.
Seperti rakan parti komponen Barisan Nasional yang lain, MCA tidak pernah tidak memberi sokongan terhadap UMNO yang merupakan sekutu rapat MCA sejak tertubuhnya parti Perikatan. MCA juga sentiasa kekal komited membantu UMNO dan Barisan Nasional mengharungi dan mencapai kejayaan pada setiap pilihan raya.
Pastinya, Persidangan Agung UMNO kali ke 71 ini akan memberi signifikannya yang tersendiri terhadap MCA dan kesemua parti gabungan Barisan Nasional. Tanggungjawab yang digalas oleh Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam mengepalai BN mencapai kejayaan, bukan alang kepalang beratnya.
Justeru, disinilah peranan kesemua parti komponen BN dalam merealisasikan hasrat Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 yang dianggap sebagai ibu segala pilihan raya.
Bagi barisan kepimpinan MCA hari ini, walaupun menerima pelbagai kata nista dan fitnah dari pihak lawan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Datuk Seri Wee Ka Siong telah beberapa kali menzahirkan komitmen MCA bagi memastikan "tsunami kaum Cina" pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu, tidak akan berulang lagi kali ini.
Untuk ini, kesemua peringkat jentera pilihan raya telah digerakkan kira-kira 2 tahun yang lalu bagi mendekati pengundi dan membersihkan kawasan yang menjadi milik pembangkang untuk kembali dirampas oleh MCA. Untuk ini, MCA bersama-sama UMNO, MIC dan kesemua parti komponen bekerjasama dengan lebih erat lagi untuk mecapai sasaran yang telah diletakkan oleh kepimpinan parti.
Harus diakui, samada UMNO mahupun MCA ataupun MIC, cabaran memang cukup getir namun dengan kekuatan yang ada pada UMNO selaku parti tunggak Barisan Nasional, MCA yakin Barisan Nasional akan mecapai sasaran 2 per 3 pada pilihan raya yang akan datang.
Malah, MCA juga menzahirkan keyakinan bahawa Datuk Seri Mohd Najib mampu mengepalai kesemua parti komponen Barisan Nasional bagi merapas semula kerusi-kerusi yang telah dirampas oleh pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu.
Kepada kesemua para perwakilan UMNO dari seluruh negara yang akan membanjiri Putra World Trade Center (PWTC) bermula esok, MCA mengucapkan selamat bersidang buat semua.
0 comments:
Post a Comment