My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 8 December 2017

    Tunggu Siasatan Polis Hong Kong



    Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghubungi pihak polis Hong Kong berkenaan kes enam rakyat Malaysia yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 29 November lalu.

    Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun (gambar) berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman sudah berhubung dengan pihak polis di sana untuk mendapatkan maklumat lanjut namun sehingga kini masih belum sebarang maklumat diterima.

    “Sehingga masa ini, kami masih belum me­nerima sebarang maklumat tentang situasi mereka di sana. “PDRM juga sudah berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia di sana dan mereka memberikan kerjasama yang sepenuh­nya,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Tabung Prihatin Pengaman Yayasan Pengaman Malaysia di Pusat Latihan Polis di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tunggu Siasatan Polis Hong Kong Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top