My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 6 December 2017

    Video : Bapa Hasil Asuhan Syaitan



    LELAKI di utara China yang tidak layak menjadi bapa ini ternyata kejam kerana bukan saja sanggup menampar anak perempuannya yang masih kecil berkali-kali, malah memijak serta menghentak budak malang itu ke jalan raya. 

    Kejadian dalam rakaman video ini berlaku di sebuah stesen bas di utara China dan lelaki terbabit sudah ditahan polis dan budak berkenaan yang dianggar berusia dua tahun, kini diserahkan kepada neneknya. Daily Mail yang memetik The Paper melaporkan, kejadian mengejutkan itu berlaku di Langfang, wilayah Hebei, pada 2 Disember lalu.

    Lelaki berusia 39 tahun dikenali sebagai Zhang itu dilihat menyalakan rokok, menampar anaknya beberapa kali sebelum menolak mangsa ke atas kaki lima jalan raya dan memijak belakang budak itu dengan kejam.

    Dia kemudian menarik anaknya bangun dan menghentaknya ke jalan kaki lima. Lelaki itu memberitahu orang ramai berhampiran ‘tiada apa yang berlaku’ apabila ada yang bertanya kenapa dia memukul anaknya.

    Polis mengeluarkan kenyataan pada 3 Disember menyatakan sudah mengenal pasti Zhang dan mengesahkan dia adalah bapa kandung kanak-kanak berkenaan. Pemeriksaan di hospital mendapati kanak-kanak itu tidak cedera.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Video : Bapa Hasil Asuhan Syaitan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top