My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 18 February 2016

    Ada Menteri Ditipu "Ratu Naga"?



    Hari ini mencatatkan satu lagi "sejarah" baru bagi seorang Facebooker yang dikenali sebagai Ratu Naga. Dia dikatakan telah mewujudkan satu kumpulan penggerak media yang pada satu ketika merupakan pro kerajaan yang begitu giat dan lantang menentang pembangkang di negara ini.

    Namun, hari ini segalanya sudah berubah. Dikenali sebagai seorang pejuang, kini lebih dikenali sebagai seorang pengkhianat. Pernah dikatakan bahawa dia mempunyai beribu-ribu pengikut di laman Facebook yang dikenali sebagai "Lu Langsi Lu Mati" (LLLM) dan beratus ahli yang begitu setia dengan dia.

    Namun apabila dia didakwa hari ini atas kesalahan menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam kes TPPA dan banyak lagi, satu per satu ahlinya langsung tidak tampil mengiringi atau membantu. Malah, sewaktu dia naik ke Mahkamah tengah hari tadi, tiada seorangpun tampil untuk menjamin apatah lagi menemaninya termasuk abangnya sendiri.

    Menghairankan, bagaimana seorang yang melabelkan dirinya sebagai "pejuang" dibiarkan keseorangan disaat berhadapan dengan pertuduhan di Mahkamah. Malah, dalam satu status terbarunya di laman sosial Facebook miliknya, abangnya terpaksa merayu kepada orang ramai tampil membantu menjamin dia keluar daripada Mahkamah.

    Menurut Sumber, sebelum ini, ramai yang telah mendedahkan bagaimana beberapa orang Menteri pernah ditipu oleh Ratu Naga. Tidak perlu untuk menyebutkan nama-nama menteri berkenaan. Menurut beberapa orang bekas pengikutnya, jumlah wang yang telah diambil hanya semata-mata untuk melaksanakan kerja media sosial untuk beberapa orang Menteri ini sahaja sudah mencecah ribuan Ringgit. Benarkah dakwaan ini?

    Namun, paling menyedihkan, tiada satupun gerak kerja yang benar-benar dapat memuaskan hati dan membantu menambah populariti menteri-menteri berkenaan sehingga ada diantaranya sudah melabelkan dia sebagai pejuang maya yang menipu.

    Jadi tidak hairanlah bagaimana dia kini dibiarkan keseorangan kerana boleh dikatakan tiada mana-mana pihak sudi membantu dia keluar dari masalah ini. Ditambah pula dengan deretan fitnah yang ditaburkan terhadap kepimpinan hari ini, reputasi dia selaku salah seorang "pejuang media maya" kini terjejas teruk.

    Modus operandinya mudah, menghentam dan memaki hamun sesiapa sahaja yang tidak sealiran dengannya samada dengan cara politik ataupun dengan cara menjatuhkan peribadi pesaingnya. Jadi tidak hairanlah apabila Perdana Menteri sendiri tidak terkecuali dalam tindak tanduk ganas dan tidak berakal dia dan ahli kumpulannya.

    Bukan tidak bersimpati, namun, apa yang dilakukan sebelum ini telah mengikis simpati ramai pihak terhadapnya. Kini, mungkin dia boleh menghitung semula nasibnya dan merenung semula apa yang telah dilakukan olehnya serta sumpah-sumpah yang pernah dilafazkan olehnya. Adakah apa yang dilakukan olehnya selama ini tepat? Adakah dia telah termakan dengan sumpahnya sendiri?


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    2 comments:

    Item Reviewed: Ada Menteri Ditipu "Ratu Naga"? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top