My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 16 February 2016

    Berakhirnya Hubungan Najib Dan Mahathir



    Seperti sedia maklum, sememangnya ada permasalahan antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dengan Perdana Menteri kini, Datuk Seri Mohd Najib. Pertelingkahan berpanjangan antara dua tokoh ini dikatakan berpunca daripada kehendak peribadi Tun M sendiri yang tidak dapat di penuhi oleh barisan kepimpinan hari ini.

    Dengan melakukan pelbagai cara, Tun M bertindak menyerang tanpa henti kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib walau apa sekalipun tindakan Datuk Seri Najib yang baik untuk negara. Pada pandangan Tun M, semua yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib itu tidak betul dan semuanya ada unsur rasuah sehingga memaksa bukan satu, tapi kesemua agensi kerajaan menyiasat dakwaan berkenaan.

    Serangan ini tidak hanya menyasarkan Datuk Seri Mohd Najib semata-mata. Semua pihak yang ada didalam pentadbiran kerajaan hari ini turut diserang oleh Tun M termasuklah Peguam Negara itu sendiri, Tan Sri Apandi Ali.

    Tanpa teragak-agak, beliau menyusun serangan beliau mengalahkan pembangkang yang ada di Malaysia hari ini. Malah, kadang kala, serangan beliau mengalahkan pembangkang walaupun hakikatnya beliau masih lagi memegang kad keahlian UMNO bernombor 0001.

    Hari ini, dalam satu kenyataan, Tun M menegaskan bahawa beliau tidak akan sesekali berundur atau mengaku kalah dalam misi serangan belaiu. Ini memberi isyarat jelas bahawa Tun M sememangnya mahu melihat samada diri beliau sendiri ataupun sesiapa sahaja menggulingkan pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib.

    Atas tindakan sebeginilah yang memberi ruang dan peluang untuk pihak PDRM menyiasat Tun M. Beliau sedar, masih ramai orang di luar sana masih menaruh rasa hormat terhadap beliau, namun, atas alasan kehendak peribadi dan dasar mahu menjatuhkan penggantinya, beliau sanggup melakukan apa sahaja termasuk menghasut dan memfitnah asalkan hajatnya berjaya.

    Sangat jelas sekali, walaupun Datuk Seri Mohd Najib telahpun membuka jalan pendamaian antara mereka, namun Tun M masih enggan berdamai, sebaliknya berikrar untuk meneruskan serangan sehingga Datuk Seri Mohd Najib meletakkan jawatan.

    Sudah pastilah, jalan pendamaian antara mereka seolah-olah sudah tertutup rapat. Jika Datuk Seri Mohd Najib berani membuka jalan pendamaian walaupun sedar reaksi Tun M seumpama ini dipandang sepi, tiada apa lagi harapan untuk mereka kembali bersama seperti satu ketika dahulu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Berakhirnya Hubungan Najib Dan Mahathir Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top