My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 19 February 2016

    Daripada Iklan Komersial Ke Filem


    Iklan sempena Aidilfitri mengenai dua anak yatim piatu menyambut Aidilfitri tanpa ahli keluarga yang ditayangkan pada 2012 lalu cukup menyentuh hati. Ia yang mengisahkan dua kanak-kanak yatim piatu kurang upaya iaitu cacat penglihatan dan pendengaran yang mahu pulang beraya itu masih diingati hingga hari ini. 

    Iklan berkenaan memaparkan dua kanak-kanak itu sanggup menumpang secara curi sebuah lori untuk menziarahi kubur ibu si cacat pendengaran di Segamat, Johor pada pagi Aidilfitri. Impak terhadap iklan berkenaan menerbitkan idea untuk menghasilkan sebuah filem kesinambungan kisah mereka berdua.

    Menggunakan judul Tulus Ikhlas, filem lakonan Azmi Baharon dan Mohd Safiq Arshad itu bakal menemui penonton di Astro First Eksklusif (saluran 480) bermula 20 Februari ini. Apa yang menarik, Mohd Safiq yang membawa watak Adi adalah pelakon baru yang cacat penglihatan manakala Azmi yang membawa watak Buyong sebelum ini dikenali dengan watak Black dalam filem Rock dan Rock Oo arahan Mamat Khalid.

    Masih menggunakan khidmat pengarah asal Hafiz Ibrahim, filem ini turut dilakonkan Marissa Yasmin, Rahim Omar dan Azri Iskandar. Pertama kali mengarahkan filem, Hafiz mengakui mengarah iklan dan filem banyak perbezaannya.

    “Sebelum ini saya banyak terdedah dengan pengarahan iklan komersial. Satu pengalaman baru buat saya dan tidak sangka mengarah filem lagi senang.

    “Cuma cabarannya saya perlu menghasilkan sebuah cerita yang panjang dan penggambaran pula mengambil masa selama 12 hari.

    “Ditambah lagi 12 babak sehari yang mengambil masa hampir 16 jam, sedangkan penggambaran iklan hanya dua hari saja,” katanya.

    Sementara itu, Azmi, memegang watak Buyong yang cacat pendengaran mengakui sukar dan mencabar melakukannya disebabkan dia lelaki normal.

    “Ketika menghadiri uji bakat saya tidak berharap untuk dapat watak utama kerana sedar ia memang sukar. “Namun, apabila saya membuka mulut dan bercakap, terus pengarah setuju untuk memberi saya watak utama sebagai Buyong.

    “Saya akui mencabar kerana kadang-kadang saya tersasar daripada bercakap seperti orang bisu dan cacat pendengaran. “Saya juga membuat kajian apakah cara yang sesuai dan berkesan supaya watak itu kelihatan semula jadi,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Daripada Iklan Komersial Ke Filem Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top