Penyiasat kehilangan penerbangan MH370 akan mengumumkan kejadian itu berpunca daripada perbuatan juruterbang jika pesawat itu tidak ditemui di zon pencarian sekarang.
Pengumuman oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) itu, jika dilakukan, akan mengesahkan teori awal misteri kehilangan pesawat itu hanya beberapa jam selepas pesawat berkenaan hilang hampir dua tahun lalu dengan 239 penumpang dan anak kapal.

Dengan menggunakan satelit dan radar, penyiasat menyasarkan usaha mencari di lokasi pesawat itu mungkin terhempas di selatan Laut Hindi, merangkumi kawasan seluas hampir 120,000 kilometer persegi di barat Australia.
Namun, ATSB sudah menghabiskan masa hampir setahun di zon berkenaan dengan operasinya dijadualkan ditamatkan dalam tempoh 10 minggu lagi. Jika usaha pencarian masih tidak berhasil, laporan rasmi akan menolak andaian sebelum ini dan menganggap juruterbangnya yang bertanggungjawab.
Ketua Pesuruhjaya ATSB, Martin Dolan memberitahu The Times: “Buat masa ini belum lagi, tetapi akan tiba masa kami perlu memikirkan kemungkinan itu sebagai penjelasan kepada semua pihak terbabit.
“Sejujurnya, teori bahawa kemungkinan seseorang yang mengawal pesawat itu menjadi punca kehilangan pesawat itu adalah lebih signifikan jika kita selesai membuat pencarian di lokasi sekarang.”
0 comments:
Post a Comment