My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 17 February 2016

    Mustahil Ada Gencatan Senjata Di Syria


    Presiden Syria, Bashar al-Assad kelmarin menganggap pelan gencatan senjata yang disokong antarabangsa sebagai mustahil kerana ia sukar untuk dilaksanakan. Pelan itu dikemukakan beberapa pemimpin dunia di Munich, Jerman Jumaat lalu yang mahu serangan dihentikan dalam tempoh seminggu.

    “Mereka mahu gencatan senjata dalam masa seminggu. Siapa yang mampu mengumpul semua syarat dan keperluan dalam satu minggu? Tiada siapa,” kata Bashar dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen negara itu.

    “Siapa yang akan berbincang dengan pengganas? Sekiranya mereka enggan menerima gencatan senjata, siapa yang mampu memaksa mereka? “Secara praktikal, berbincang (mengenai gencatan senjata) adalah sukar,” katanya.

    Bashar menggunakan perkataan pengganas untuk merujuk kepada semua kumpulan yang menentangnya.

    Negara kuasa besar dunia mahu kemasukan bantuan kemanusiaan segera di seluruh Syria dan gencatan senjata bermula dalam tempoh satu minggu.

    Namun, gencatan senjata itu tidak termasuk, kumpulan penentang Barisan Al-Nusra yang mempunyai hubungan dengan al-Qaeda dan kumpulan militan Negara Islam.

    Perincian bagaimana pelan itu dilaksanakan masih diusahakan oleh satu panel Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dipengerusikan bersama oleh Amerika Syarikat dan Russia. Tambah Bashar, gencatan senjata tidak bermakna semua pihak berhenti menggunakan senjata mereka.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mustahil Ada Gencatan Senjata Di Syria Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top