My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 19 February 2016

    Pasukan Khas Siasat Kehilangan Dr Sugumaran



    Polis Kuala Lumpur sudah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat mengenai Dr B Sugumaran yang dilaporkan hilang sejak Januari lalu. 

    Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa, berkata pasukan ini akan menjalankan siasatan menyeluruh meliputi semua aspek dan setakat ini kes masih diklasifikasikan sebagai orang hilang.

    "Setakat pagi ini, belum ada sebarang petunjuk baru mengenai kehilangan beliau (Sugumaran). "Kita baru menerima laporan (kehilangan) kelmarin dan petunjuk yang ada juga tidak mengaitkan sebarang unsur jenayah dan kes masih disiasat sebagai orang hilang," katanya ketika ditemui di pekarangan KL Sentral pagi tadi.

    Menurutnya, pemeriksaan di sebuah hotel bajet di Batu Caves semalam hanya menemui beg pakaian dan telefon bimbit milik mangsa.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pasukan Khas Siasat Kehilangan Dr Sugumaran Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top