Kelmarin, sewaktu perlawanan bola sepak Liga Super antara Pulau Pinang dan Pahang di Stadium Batu Kawan bukan sahaja mencatatkan rekod jaringan yang mengejutkan, tetapi jaringan yang cukup menakjubkan dari seorang anak muda yang bernama Mohd Faiz Subri.
Pemain tengah kelahiran Air Hitam, Kedah yang berusia 29 tahun ini nyata mengejutkan negara dengan satu jaringan yang cukup cantik hasil daripada sepakan percuma dari jarak 30 meter. Apa yang pasti, jaringan beliau pantas mendapat perhatian ramai pihak sehingga ada yang melabelkan beliau sebagai Roberto Carlos Malaysia.
Paling mencuri tumpuan, jaringan beliau juga di iktiraf di 101 greatgoals.com dan menjadi viral di hampir kesemua media sosial yang memaparkan sukan sebagai isi kandungannya.
Malah, beberapa pemain bola sepak dunia juga turut menzahirkan rasa kagum mereka diatas kehebatan jaringan yang telah dilakukan oleh Mohd Faiz ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada Mohd Faiz Subri di atas jaringan hebat berkenaan.
0 comments:
Post a Comment