Tragedi gempa bumi yang berlaku pada Jun tahun lalu membuka mata pelbagai pihak mengenai kewujudan sekumpulan individu yang digelar malim gunung. Berperwatakan ringkas dan bertubuh kecil, malim gunung itu menjadikan Gunung Kinabalu sebagai sumber rezeki menerusi peranan mereka selaku pemandu pelancong.
Pekerjaan itu kini lebih dikenali oleh rakyat Malaysia selepas kejadian gempa bumi dengan kekuatan 5.9 pada skala Richter berlaku di Gunung Kinabalu sehingga meragut 18 nyawa termasuk empat malim gunung pada 5 Jun 2015.
Dalam kejadian itu, seorang malim gunung, Mhd. Rizuan Kauhinin, 25, mendapat liputan media antarabangsa apabila beliau mendukung seorang kanak-kanak dari Singapura yang patah tangan dan tengkuk dari Pondok Villosa Shelter dekat Raban Lata ke Timpohon Gate, Gunung Kinabalu.
0 comments:
Post a Comment