Sebaik sahaja Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diikat jamin sebanyak RM 1 juta semalam, beliau terus mengadakan sidang akhbar di pejabatnya di Tingkat 28, Komtar, Pulau Pinang. Seperti dijangka, beliau menjadikan sidang media berkenaan sebagai platform untuk beliau mengeluarkan pelbagai tuduhan terhadap pihak lain atas kesalahan yang beliau sendiri lakukan.
Dalam sidang media berkenaan, Guan Eng menyalahkan UMNO, BN dan PAS yang dituduhnya sebagai punca beliau ditahan. Ini kerana, dia mendakwa, UMNO, BN dan PAS mahu melihat karier politiknya hancur dengan tuduhan berasaskan politik yang dikenakan terhadapnya.

Melihat kepada kenyataan Guan Eng ini, dia sememangnya cukup ego dan masih bertegas mahu terus mengetuai Pulau Pinang, walaupun secara intergiriti dan profesionalismenya, beliau dilihat tidak layak lagi menerajui Pulau Pinang.
Ini kerana, adalah memalukan untuk Guan Eng dan DAP apabila kes pertuduhan rasuahnya sedang berjalan, dia yang sepatutnya memberi tumpuan terhadap kesnya kekal mendiami kerusi Ketua Menteri. Jika dilihat dari satu sudut, Guang Eng jauh lebih teruk daripada tuduhan mereka terhadap Datuk Seri Mohd Najib.
Manakan tidak, semasa pihak berkuasa membuka kertas siasatan mereka terhadap Perdana Menteri, Guan Eng antara sebilangan besar pemimpin Pakatan Harapan yang beriya-ia mahu Perdana Menteri meletakkan jawatan. Walhal, siasatan baru sahaja bermula dan beliau masih belum disabitkan dengan mana-mana kesalahan.

Tidak hairanlah apabila terdengar kata-kata sinis yang mengatakan, jika Guan Eng enggan melepaskan jawannya, maka Pulau Pinang bakal ditadbir oleh tertuduh kesalahan jenayah rasuah. Kepimpinan melalui tauladan dan Pulau Pinang sekali lagi merelakan Guan Eng, seorang anak Melaka untuk terus memalukan negeri ini.
0 comments:
Post a Comment