My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 1 July 2016

    Mujur Ditemui Selamat



    Seorang wanita warga emas yang dilapor hilang malam kelmarin berjaya ditemui dalam keadaan selamat oleh keluarganya di Kampung Maang, Batu 24 Jalan Kuching-Serian semalam. Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, mangsa berjaya ditemui sekitar jam 9.05 pagi semalam iaitu berhampiran lokasi terakhir mangsa dilihat. 

    “Mangsa berusia 84 tahun berjaya ditemui anaknya dalam keadaan selamat pada jam 9.05 pagi tadi (semalam) dalam radius dua kilometer dari tempat kali terakhir dilihat,” katanya.

    Difahamkan, mangsa kemudian telah dihantar ke klinik berdekatan untuk pemeriksaan kesihatan. Turut terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa ialah polis serta penduduk kampung.

    “Bomba menerima laporan berhubung kejadian pada jam 9.22 malam Rabu lepas dan SAR yang turut dibantu anggota polis serta penduduk kampung telah dilancarkan selepas itu,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mujur Ditemui Selamat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top