My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 1 August 2016

    Bangun Projek Kediaman Bercampur RM488 Juta


    Bina Darulaman Berhad (BDB) melalui anak syarikat milik penuhnya BDB Land Sdn Bhd (BDB Land) memperuntukkan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM488 juta bagi membangunkan projek pembangunan kediaman bercampur bagi sepanjang tempoh separuh kedua 2016. 

    Peruntukan terbabit meliputi beberapa projek perbandaran bersepadu yang akan dibangunkan di Kedah iaitu Bandar Darul Aman di Jitra, Darul Aman Perdana di Sungai Petani dan Darul Aman Utama di Kuala Ketil masing-masing dengan GDV sebanyak RM333 juta, RM125 juta dan RM30 juta.

    Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Datuk Izham Yusoff berkata, pihaknya mengambil inisiatif melancarkan projek baharu pada separuh kedua 2016 berikutan sentimen pembeli yang kembali pulih dan rancak melalui maklum balas tempahan rumah.

    Beliau berkata, syarikat turut berkeyakinan pasaran hartanah menunjukkan trend prestasi lebih stabil berbanding separuh pertama tahun ini bersandarkan kepada pemulihan ekonomi semasa seperti pengurangan kadar dasar semalaman (OPR) yang dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). 

    “Pengurangan OPR turut memberikan keyakinan kepada orang ramai untuk membeli item dengan skala harga yang lebih besar, contohnya adalah seperti hartanah kediaman. Pasaran hartanah tetap mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai, jadi kami melihat ia sebagai peluang terbaik bagi menggerakkan beberapa projek hartanah baharu seperti hartanah bangunan bertingkat,” katanya pada sidang media Majlis Hari Raya BDB di sini, kelmarin.

    Antara yang ditawarkan adalah projek rumah harga mampu milik sehingga rumah jenis banglo dengan tawaran harga bermula bawah RM200,000 hingga RM1.2 juta.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bangun Projek Kediaman Bercampur RM488 Juta Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top