My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 2 August 2016

    Batal Pinjaman: Kementerian Akan Bincang Dengan BNM

    TERIMA KASIH: Hajiji (tengah) menerima cenderahati daripada Francis.

    Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan komited untuk mengadakan perbincangan dengan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai isu pembatalan pinjaman melebihi 50 peratus oleh bank terhadap pembeli rumah mampu milik. 

    Menterinya Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata, pihaknya percaya sekiranya kerjasama dapat diwujudkan dengan semua pihak termasuk institusi kewangan, isu itu mampu diselesaikan sekali gus memberi kelegaan kepada rakyat untuk memiliki rumah mampu milik.

    “Walaupun bekalan rumah mampu milik di negara ini mencukupi tetapi cabaran yang dihadapi oleh rakyat untuk memilikinya menjadi satu isu dan perkara itu tidak boleh pandang ringan.

    "Khususnya kepada golongan muda yang kini sangat susah untuk memiliki rumah mampu milik memandangkan institusi kewangan seperti bank sering menolak permohonan mereka,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sabah (SHAREDA) di sini, malam Sabtu lalu.

    Beliau bimbang dengan jumlah penolakan permohonan pinjaman daripada golongan muda oleh pihak perbankan yang dianggarkan mencapai 75.30 peratus. Bagaimanapun katanya, kerajaan berterima kasih kepada SHAREDA kerana terus komited bersama kerajaan untuk menyediakan 10,000 unit rumah mampu milik yang kini sedang dalam pembinaan.

    “Dengan sejumlah 1,280 unit rumah mampu milik yang akan sedang diusahakan, ia menjadikan jumlah keseluruhan rumah mampu milik yang disediakan pada suku pertama 2016 sebanyak 6,396,” katanya.

    Sementara itu, Presiden SHAREDA Datuk Francis Goh berkata selain komited menyediakan rumah mampu milik untuk rakyat, SHAREDA juga mengambil inisiatif untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR). “Walaupun berada dalam cabaran ekonomi yang besar, kita tidak boleh melupakan tanggungjawab kita terhadap komuniti tempatan.

    “Inisiatif terbaru SHAREDA dalam CSR adalah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Pertubuhan Pemuliharaan Tanah Lembap Sabah pada tahun lalu,” katanya.

    Katanya, Kumpulan Kinsabina telah mengambil inisiatif menyumbangkan lebih RM500,000 kepada pemuliharaan tanah lembap itu. Menurutnya, laluan eko dibina di sepanjang kawasan pokok bakau yang bertujuan mewujudkan kesedaran dan penghargaan terhadap tanah lembap.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Batal Pinjaman: Kementerian Akan Bincang Dengan BNM Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top