Namun begitu, setelah beberapa kali siri rundingan diadakan, PKR tetap dengan pendiriannya untuk enggan bersetuju dengan Pilihan Raya Negeri ini. Alasan yang diberikan, Pakatan Harapan mungkin akan kehilangan beberapa lagi kerusi dan kemungkinan kehilangan sebuah negeri andai Pilihan Raya Negeri ini diadakan.
Mengulas tentang hal ini, Pengerusi Biro Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen menyifatkan, DAP negeri dan Lim Guan Eng hanya mencari publisiti murahan bagi mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap kes yang sedang menyelubungi dirinya.
Malah beliau juga menyifatkan, DAP dan Guan Eng sendiri sebagai tidak bertanggungjawab dan langsung tidak mempunyai sensitiviti apabila tergamak mengheret rakyat kedalam masalah yang dia hadapi hari ini. Ini berlawanan dengan ikrar Guan Eng yang mahu melawan kes ini secara gentleman tanpa membabitkan mana-mana pihak terutamanya rakyat negeri Pulau Pinang.
Lebih melucukan, keengganan Guan Eng berundur dari kerusi Ketua Menteri walaupun kes tuduhan penyalahgunaan kuasanya telah disebut di Mahkamah Tinggi menyaksikan betapa egonya beliau walaupun terdapat desakan untuk beliau berundur atau setidak-tidaknya bercuti dari menerajui kerajaan Pulau Pinang.
Ini jelas berlawanan dengan sikap Guan Eng yang sentiasa melaungkan tuntutan untuk Datuk Seri Mohd Najib selaku Pengerusi BN berundur dari jawatannya selaku Perdana Menteri walaupun belum ada sebarang kes membabitkan diri beliau dibawa ke Mahkamah. Sikap double standard sebegini jelas diamalkan oleh Guan Eng dan kesemua pemimpin Pakatan Harapan hari ini.
Tambah beliau, DAP akan terus mempergunakan pelbagai taktik untuk melindungi Guan Eng walaupun terpaksa menipu rakyat Pulau Pinang. Beliau percaya, akan ada lagi helah Guan Eng selepas ini bagi meraih simpati rakyat terhadap dirinya walaupun kesemua tuduhan berkenaan dilakukan olehnya sendiri.
0 comments:
Post a Comment