Denda maksimum sebanyak RM300 bakal menanti mana-mana pihak yang didapati memandu atau menunggang motosikal sambil menggunakan aplikasi permainan Pokemon Go.

“Main Pokemon Go untuk pengguna jalan raya adalah diharamkan kerana dalam undang-undang jalan raya tidak boleh guna telefon bimbit ketika memandu dan secara automatik main Pokemon Go,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Kadet Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Peringkat Kebangsaan di Dataran Perhimpunan, Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Precint 8 (1) di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment