My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 8 August 2016

    Samsung Perkenal Triangle


    Samsung Malaysia Electronics memperkenalkan sistem pendingin hawa bilik Triangle yang inovatif bagi mengurangkan kepanasan menerusi reka bentuk badan segi tiga yang unik dan padat serta dipertingkatkan dengan ciri lebih baik untuk pengalaman penyejukan tambahan. 

    Peralatan itu dilengkapi lubang pelabuh serta kipas yang lebih besar termasuk sudut pelepasan bilah yang luas sebanyak 50 peratus, membolehkan udara disejukkan sebanyak 43 peratus lebih pantas berbanding unit konvensional.

    “Cuaca panas berpanjangan sehingga ke malam menyebabkan individu tidak mendapat rehat mencukupi dan ini memberi kesan negatif ke atas kesejahteraan mereka. Pengguna juga akan kekal sejuk untuk tempoh lebih lama.

    “Satu ciri khas tambahan ciptaan terbaharu Samsung ialah fungsi ‘Good Sleep’ serta pemampat pembalik pintar bagi memastikan suhu kekal ideal sepanjang malam,” katanya.

    Sistem pendingin hawa itu ditawarkan berkuasa dari 1HP hingga 3HP dan dijual pada harga serendah RM1,399 kepada RM3,389 dan boleh didapati di cawangan Samsung dipilih serta pengedar sah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Samsung Perkenal Triangle Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top