My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 3 August 2016

    Selepas Perangkap DoJ Gagal, Ananda Pula Dapat Waran Tangkap



    Sepanjang pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun di Malaysia, bukan lagi satu rahsia bahawa beliau lebih banyak memberikan pelbagai projek kerajaan terhadap kroninya sahaja. Ada diantara projek berkenaan telah menyebabkan rakyat terpaksa menangung kesannya untuk jangka masa panjang.

    Juga bukan lagi satu rahsia apabila beliau telah berjaya membuatkan para kroninya menjadi kaya raya sehingga hampir kesemuanya menduduki senarai 10 tangga manusia terkaya di Malaysia. Antaranya Tan Sri Ananda Krishnan dan beberapa individu yang lain.

    Memandangkan kerajaan hari ini enggan lagi meneruskan amalan pemberian projek skala besar kepada kroni-kroni Tun M seperti masa lalu, beliau bangkit menghentam kerajaan sehingga sanggup membabitkan Jabatan Peguam Amerika hanya untuk memastikan kedudukan Datuk Seri Mohd Najib dijatuhkan.

    Namun begitu, apa yang berlaku kelmarin jelas membuktikan fitnah dan hasutan jahat seumpama ini tidak akan dapat bertahan lama. Menerusi satu pengumuman yang dibuat oleh Jabatan Peguam Amerika, mereka telah melepaskan sebarang sekatan terhadap beberapa individu yang ada kaitan dengan 1MDB seperti yang dilaporkan sebelum ini.

    Ini membuatkan usaha Tun M dengan menggunakan agensi luar negara untuk menjatuhkan kerajaan sekali lagi menemui kegagalan. Menariknya semalam, Biro Siasatan Pusat (CBI) India telah meminta sebuah mahkamah khas CBI mengeluarkan waran tangkap terhadap dua rakyat Malaysia yang dikehendaki berkaitan skandal penggubahan wang haram ­Aircel-Maxis.

    Skandal itu membabitkan bekas Menteri Telekomunikasi India, Dayanidhi Maran dan saudara lelakinya, Kalanithi Maran. Permohonan waran tangkap itu juga dibuat terhadap taikun talian komunikasi, Tan Sri T. Ananda Krishnan dan seorang lagi rakyat Malaysia, Augustus Ralph Marshall.

    Selain mereka, syarikat Malaysia, Maxis Communication Berhad dan ­Astro All Asia Network PLC turut didakwa dalam kes tersebut di samping dua firma India iaitu Sun Direct TV Pvt. Ltd (SDTPL) serta South Asia Entertainment Holding Ltd.

    Seperti sedia maklum, Ananda merupakan kroni rapat Tun M yang merupakan bos besar bagi Maxis dan juga saluran televisyen berbayar, Astro. Waran tangkap ini dipercayai dikeluarkan atas tuduhan penggubahan wang haram yang melibatkan mereka di India.

    Menurut laporan itu lagi, Ananda dikehendaki hadir ke Mahkamah Khas di India untuk memberi keterangan berhubung tuduhan yang dibuat oleh pasukan CBI. Untuk rujukan, ini merupakan kes pertama seumpamanya yang melibatkan sekutu-sekutu Tun M di luar negara. Tidak dapat dipastikan apa ulasan Tun M berhubung isu ini.

    Apa yang pasti, setelah beliau gagal mengheret dan menyabitkan sebarang tuduhan salah laku terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib dan 1MDB, kini beliau terpaksa pula berhadapan dengan kemungkinan kroni rapatnya sendiri mempunyai masalah diluar negara. Hukum Karma, siapa yang dapat menghalang?
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Selepas Perangkap DoJ Gagal, Ananda Pula Dapat Waran Tangkap Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top