My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday, 1 August 2016

    Tuntut Penurunan Kuasa, Bukan Keluar Malaysia

    MENYELERAKAN: Asfia bersama Puad dan tetamu kehormat lain memotong daging kambing panggang sebagai simbolik Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2016 Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak di Wisma Haji Suaidi, Kuching, semalam.

    Kerajaan negeri tidak pernah bersependapat dengan Sarawak for Sarawakians (S4S) dalam memperjuangkan hak-hak negeri ini. Menegaskan demikian, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata apa yang diperjuangkan kerajaan negeri adalah berbeza dengan pergerakan terbabit. 

    “Kedudukan kerajaan negeri adalah berbeza dengan S4S. Kerajaan negeri hanya menuntut pengagihan kuasa daripada kerajaan pusat kepada negeri, bukannya keluar daripada persekutuan Malaysia,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2016 Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak di Wisma Haji Suaidi di sini, semalam. Turut hadir Ketua Pengarah JASA Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, Menteri Kerajaan Tempatan Datuk Dr Sim Kui Hian, ADUN Muara Tuang Datuk Idris Buang dan ADUN Tupong Fazzrudin Abdul Rahman.

    Asfia menambah, kerajaan negeri tidak pernah memikirkan atau merancang untuk keluar daripada Malaysia seperti yang dikehendaki S4S. “Kita tidak tenggelam timbul dalam persekutuan Malaysia…ini perlu difahami,” katanya.

    Justeru, beliau menyeru khususnya pegawai JASA dan Jabatan Penerangan supaya sentiasa peka terhadap isu-isu berbangkit agar dapat memberi penjelasan yang berkesan kepada masyarakat. 

    “Sebagai agensi yang menjadi pertahanan barisan hadapan kepada kerajaan, pegawai JASA dan Penerangan mesti tahu dan pandai menghadapi sesuatu isu kerana ini akan digunakan semasa pilihan raya,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tuntut Penurunan Kuasa, Bukan Keluar Malaysia Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top