My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 5 April 2017

    Pelantikan Gomez Masih Samar


    NAMPAK gayanya, kedudu­kan jurulatih Harimau Malaya masih belum terjawab. Ini kerana, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan bahawa Mario Gomez masih belum menanda­tangani kontrak sama ada untuk me­nerima atau tidak pelantikan tersebut. 

    Titah baginda, Gomez telah meminta gaji lebih tetapi buat masa ini, FAM tidak mampu untuk memenuhi permintaan tersebut gara-gara kedudukan kewangan persatuan yang sa­ngat terhad. Titah Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), baginda masih berunding de­ngan Gomez untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

    “FAM tidak dapat memenuhi tuntu­tan gaji yang diminta oleh Gomez ke­rana ia di luar kemampuan FAM,” titah baginda pada majlis perjumpaan de­ngan para pengarang sukan media cetak dan elektronik di bilik mesyuarat Tun Razak, Bangunan Sultan Ismail di Johor Bahru semalam.

    Dalam perkembangan lain, Tunku Ismail turut menjelaskan, baginda tidak pernah memaksa jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe untuk menerima tawaran sebagai penolong pengendali Harimau Malaya, sebaliknya memberikan kebebasan kepadanya sama ada mahu me­nerima atau menolak tawaran tersebut.

     “Seperti saya katakan sebelum ini, keputusan itu terletak kepada beliau sendiri,” titah wbaginda. Mengulas mengenai kedudukan kewangan FAM, Tunku Ismail mendedahkan, persatuan tersebut kekura­ngan dana berjumlah RM40 juta bagi menguruskan perjalanan kewangan Liga Malaysia (Liga M), skuad kebangsaan dan urusan pentadbiran badan induk bola sepak negara itu.

    Titah baginda, sebaik dipilih menjadi Presiden FAM, baginda telah memeriksa segala fail kewangan persatuan dan mendapati kedudukan kewangan sa­ngat menyedihkan. “Macam mana saya nak uruskan persatuan dengan kedudukan kewa­ngan yang sangat terhad. Begitupun, saya anggapnya sebagai satu cabaran, malah ini merupakan tanggungjawab saya untuk memulihkan keadaan.

    “Antara langkah pertama yang saya ambil adalah mengurangkan jumlah kakitangan di FAM yang tidak berfungsi. Saya buang 20 kakitangan bukan bermakna saya menyekat rezeki mereka tetapi ini adalah sebahagian daripada langkah penjimatan.

    “Para penyokong di luar sana mungkin tidak tahu masalah seperti ini. Oleh itu, saya akan tampil secara berterus terang agar semua orang tahu. Ini cara saya be­kerja. Saya lebih suka berterus terang,” titah Tunku Ismail.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pelantikan Gomez Masih Samar Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top