My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 20 April 2017

    Cahaya Mata Sulung Syamsul



    Pelakon dan pengarah popular Syamsul Yusof dikurniakan anak sulung lelaki selepas isterinya, Puteri Sarah Liyana selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka itu pagi ini. 

    Bayi yang diberi nama Syaikhul Islam itu dilahirkan jam 6.32 pagi dengan berat 3.5 kilogram di sebuah pusat perubatan di Bangsar. Syamsul ketika dihubungi berkata, mereka memilih nama Syaikhul Islam kerana ia membawa maksud kesejahteraan dan agamawan Islam.

    “Nama itu juga adalah gelaran atau kata ganti nama yang diberikan kepada ulama-ulama alim di Makkah, Madinah dan seluruh dunia,” katanya.

    Menerusi akaun Twitternya, Syamsul juga menulis harapan supaya anaknya itu menjadi pejuang Islam yang ikhlas di samping berkongsi foto pertama anaknya. Syamsul dan Puteri Sarah yang juga pelakon melangsungkan pernikahan pada 8 Mac 2014.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Cahaya Mata Sulung Syamsul Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top