My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 21 April 2017

    Dunia Hanya Tunggu Reaksi Balas Russia Terhadap Provokasi Amerika


    Hari demi hari, keadaan di Syria semakin buruk dan tegang. Boleh dikatakan, hampir setiap hari, ada sahaja pengeboman melalui pesawat tentera udara samada di pihak tentera Syria yang disokong oleh Russia mahupun di pihak pemberontak yang disokong oleh Amerika, berlaku walaupun keadaan semasa di Syria seumpama padang jarak padang terkukur.

    Apa yang menyedihkan adalah, pengeboman ini dilakukan tanpa mengira waktu dan lokasi. Bagi kedua-dua belah pihak, sekiranya mereka menerima laporan hasil risikan kononnya sesebuah lokasi itu dikesan menjadi lokasi persembunyian musuh, mereka akan terus mengebom tanpa mengira kepadatan penduduk awam yang langsung tidak terlibat dalam perang saudara ini.

    Dalam perang saudara ini, dua pihak akan sentiasa diperhati dengan penuh minat oleh penduduk dunia iaitu Amerika Syarikat dan Russia. Kedua-dua buah negara kuasa besar dunia ini dilihat menjadikan Syria sebagai salah sebuah lapang sasar mereka bagi menguji kekuatan tentera mahupun persenjataan yang mereka miliki.

    Tragedi pengeboman senjata kimia oleh tentera Syria yang disokong Russia, beberapa minggu lalu menunjukkan bahawa perang saudaraa ini bukan lagi berkisar untuk menjatuhkan rejim Basyar Al Assad semata-mata. Ianya lebih disifatkan sebagai semboyan awal Perang Dunia Ketiga apabila Amerika bertindak balas mengebom depot simpanan senjata Syria-Russia sebagai tindak balas.

    Kedua-dua pengeboman ini pantas mendapat kecaman antarabangsa dengan Amerika mahupun Russia saling salah menyalahi antara satu sama lain. Ini telah menimbulkan ketegangan diplomatik antara kedua-dua belah negara dan sekaligus mengubah landskap perang ini dari perang saudara kepada perang antara proksi.

    Jika ada yang mengatakan ianya tidak lebih dari perperangan antara pengikut Syiah dan Sunni, sebenarnya, tanggapan ini adalah silap. Selama lebih 6 tahun perang ini berlangsung, seluruh penduduk Syria tanpa mengira apa jua mazhab, menderita akibat pengeboman berpanjangan. Satu-satunya manusia yang masih mampu hidup senang dan menikmati makanan yang lazat adalah Basyar Al Assad sendiri.

    Justeru, tidak hairanlah apabila pasukan pemberontak FSA dan Amerika dilihat beriya-ia mahu menjatuhkan Basyar dan mencetuskan perang yang berpanjangan. Ini memungkinkan tercetusnya Perang Dunia Ketiga sekiranya Russia mengambil pendirian tegas dan membalas setiap serangan yang dilakukan oleh Amerika dengan lebih ekstrim.

    Dunia yang kita lihat hari ini semakin hari semakin dekat dengan krisis Perang Dunia Ketiga. Satu-satunya harapan yang tinggal adalah berdoa agar Presiden Russia, Vladimir Putin boleh bertolak ansur untuk tidak membalas serangan Amerika dengan lebih ekstrim. Andai ini tidak berlaku, Syria akan menjadi lokasi punca kepada Perang Dunia Ketiga atau setidak-tidaknya, puca kepada era perang dingin kedua.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dunia Hanya Tunggu Reaksi Balas Russia Terhadap Provokasi Amerika Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top