My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 15 April 2017

    Lelaki Tetak Mati Bapa Sendiri



    Seorang lelaki tergamak menetak dan menikam bapa kandungnya sendiri sehingga mati dengan menggunakan parang selepas gagal mendapatkan wang untuk membeli dadah dalam kejadian di sebuah rumah di Batu 4 1/2, Jalan Padang Melangit di sini semalam. 

    Dalam kejadian pukul 7.30 pagi itu, mangsa, Amran Ariffin, 53, yang merupakan seorang kontraktor ditemui dalam keadaan perut terburai dan putus jari selain mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala serta belakang badan. Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

    Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Perlis, Superintendan Azahar Muda berkata, suspek berusia 24 tahun yang merupakan seorang penganggur bertindak sedemikian kerana gagal mendapatkan sejumlah wang daripada bapanya untuk membeli dadah dipercayai jenis syabu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lelaki Tetak Mati Bapa Sendiri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top