My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 22 April 2017

    Pelancong China Yang Hilang Ketika Berkayak Dijumpai Selamat



    Dua pelancong warga China yang hilang ketika berkayak, dijumpai selamat kira-kira 500 meter di Selatan Pulau Mabul di sini malam tadi. 

    Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata pasangan kekasih itu Qin Yiping, 28 dan teman lelakinya, Zhao Zhe, 26, ditemui anggota pasukan polis marin kira-kira pukul 9 malam selepas lebih tiga jam dilaporkan hilang.

    Beliau berkata pelancong berkenaan melakukan aktiviti berkayak sekitar pukul 5.30 petang dan tidak kembali ke resort setelah keluar. Pukul 8 malam kakitangan Resort Mabul Paradise memaklumkan perkara itu kepada polis dan dua aset digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat.

    Siasatan mendapati kedua-dua pelancong itu terkandas di kawasan berbatu karang disebabkan keletihan dan air surut, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

    Wan Abdul Bari berkata ESScom sentiasa mengambil berat terhadap sebarang laporan berkaitan keselamatan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah dan menasihatkan semua operator pusat pelancongan supaya lebih menitikberatkan aspek keselamatan serta memantau secara serius segala aktiviti bagi memastikan keselamatan para pelancong terjamin.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pelancong China Yang Hilang Ketika Berkayak Dijumpai Selamat Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top