My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 14 April 2017

    Polis Marin Tumpas Cubaan Menyeludup 20 Migran Ke Tawau



    Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau mematahkan cubaan menyeludup 20 migran selepas menahan sebuah bot jongkong di kawasan Sungai Simandalan Wallace Bay dekat sini, pagi semalam. 

    Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, DSP Mohd. Nazri Ibrahim berkata, dalam kejadian 4.50 pagi itu, anggota PPM yang sedang menjalankan tugas rondaan Op Paradise di kawasan berkenaan terlihat sebuah bot dalam keadaan mencurigakan dari arah Nunukan Indonesia menuju ke Kalabakan Tawau.

    Pemeriksaan ke atas jongkong berkenaan mendapati seorang juragan berusia 25 tahun beralamat di Sebatik Tawau membawa 20 penumpangterdiri daripada 11 lelaki dan sembilan wanita di dalam jongkongnya dalam keadaan berbaring.

    "Hasil pemeriksaan kesemua penumpang berusia lingkungan 21 hingga 56 tahun itu tiada keterangan diri yang sah," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

    Mohd. Nazri berkata, semua harta rampasan bernilai RM20,000 termasuk jongkong yang digunakan serta tahanan dibawa ke jeti Pangkalan Pasukan Polis Marin Tawau untuk pemeriksaan lanjut.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Polis Marin Tumpas Cubaan Menyeludup 20 Migran Ke Tawau Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top