My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 15 April 2017

    3 Pemancing Hilang Ditemui Selamat



    Tiga pemancing yang dikhuatiri hilang selepas tidak kembali ke pangkalan ketika keluar memancing di perairan Pulau Sepanggar dan Mengalum, di sini, pagi kelmarin, dilaporkan selamat di perairan Pulau Tiga, dekat Kuala Penyu, jam 2.40 petang semalam. 

    Mangsa, Mohd Wapie Said, 34, bersama mentuanya, Amsiran Mijan, 55 dan biras, Malik Awang, 40, dilaporkan keluar dari pangkalan di Kampung Likas, di sini, pada jam 7 pagi kelmarin tetapi tidak pulang pada jam 9 malam kelmarin seperti dijadualkan.

    Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som, berkata kedudukan mangsa dikesan selepas telefon bimbit mereka dapat dihubungi.

    "Pencarian di sekitar kawasan Pulau Sepanggar dan Mengalum, iaitu lokasi mangsa dilaporkan keluar memancing gagal menemui apa-apa petunjuk jadi kita cuba menghubungi telefon bimbit mereka berdasarkan maklumat yang diberi kepada kita.

    "Usaha itu berjaya apabila panggilan kita dijawab seorang daripada mangsa petang tadi dan mereka memaklumkan hanyut hingga ke perairan Pulau Tiga selepas enjin bot mereka rosak," katanya. Difahamkan, mangsa hanyut selama 15 jam dari perairan antara Pulau Sepanggar dan Pulau Mengalum hingga ke perairan Pulau Tiga, yang jaraknya kira-kira 100 kilometer dari sini.

    Usaha keluarga mangsa menghubungi telefon bimbit mereka pada jam 11 malam tadi gagal menyebabkan satu laporan polis dibuat pagi tadi di Balai Polis Karamunsing, di sini, bagi mendapatkan bantuan pihak berkuasa melakukan pencarian.

    Berikutan itu operasi mencari dan menyelamat (SAR) diketuai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) digerakkan bermula jam 10 pagi semalam sebelum ketiga-tiga mangsa dilaporkan selamat di perairan Pulau Tiga, pada jam 2.40 petang semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 3 Pemancing Hilang Ditemui Selamat Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top