My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 15 April 2017

    Usaha SPAD Pertingkat Mutu Pengangkutan Awam Mula Menampakkan Kejayaan




    Untuk mengecapi taraf negara maju, antara kreteria yang selalu dinilai dan diberi keutamaan adalah sistem jaringan pengangkutan awam. Penilaian ini termasuklah kecekapan dan keselamatan operasi disamping membantu memudahkan perhubungan di kalangan penduduk.

    Dalam hal ini, Perdana Menteri kerap memberikan penekanan terhadap pentingnya menjaga kecekapan dan keselamatan pengangkutan awam di negara ini. Bagi beliau, untuk mencapai negara maju 2020, antara sektor yang harus diberi keutamaan adalah memastikan semua pengangkutan awam darat negara diselia oleh satu agensi yang khusus dalam hal ini.

    Justeru, penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) pada 2010 dilihat salah satu cara terbaik kerajaan untuk memastikan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib ini terlaksana. Ini juga sebagai langkah jangka panjang kerajaan yang mahu memastikan seluruh penguasaha pengangkutan awam berada dan diselia oleh satu agensi

    Setelah sekian lama berusaha mempertingkatkan mutu pengangkutan awam darat negara berada pada tahap terbaik, hari ini, pengangkutan awam darat Malaysia telah diiktiraf antara yang terbaik dan termurah di dunia.

    Pencapaian ini nyata bukan mudah untuk dikecapi jika tidak mempunyai komitmen dan kemahuan untuk memastikan impian ini menjadi kenyataan. Pastinya pencapaian ini amat menggembirakan Perdana Menteri kerana ianya dicapai jauh lebih awal daripada apa yang disasarkan oleh beliau sewaktu diawal penubuhan SPAD, kira-kira 7 tahun yang lalu.

    Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pihak diatas pencapaian yang membanggakan ini. Namun begitu, usah terlalu mudah terbuai dengan pencapaian ini, Masih ada ruang dan peluang untuk mempertingkatkan pencapai ini bagi memastikan, pengangkutan awam darat Malaysia setanding dengan negara maju yang lain pada masa akan datang.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Usaha SPAD Pertingkat Mutu Pengangkutan Awam Mula Menampakkan Kejayaan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top