Bagi yang sukakan lagu berentak ‘party’, pastinya Pitbull tidak terkeluar daripada senarai penyanyi wajib dengar. Lagunya yang sering berentak ‘up beat’ mampu membuatkan pendengar ingin berdansa.
Pitbull yang dikenali sebagai Mr Worldwide pernah mencipta fenomena tersendiri apabila banyak lagunya popular di radio. Bahkan, sehingga sekarang lagunya seperti I Know You Want Me yang dilancarkan pada 2009 terus berputar di radio mahupun kelab hiburan.
Apa yang nyata, Pitbull bukannya penyanyi rap semusim kerana turut diberi kepercayaan menyanyikan lagu tema filem ‘blockbuster’ seperti Men In Black 3 (Back In Time). Tidak ketinggalan pada 2014, penyanyi Latin ini diberi penghormatan menyanyikan lagu World Cup 2014 bersama Jeniffer Lopez dan Claudia Leitte.
Pitbull boleh dikatakan antara penyanyi rap yang gemar berkolaborasi dengan bintang ternama. Berganding dengannya pasti membawa suntikan muzik luar biasa seperti bersama Ne-Yo, Afrojack, dan Nayer.
Sejak itu, ramai artis di Amerika Syarikat mengambil peluang bekerja dengannya termasuk Shakira dan Usher. Pernah berkunjung ke Malaysia beberapa tahun lalu, Pitbull sekali lagi tidak melupakan Kuala Lumpur sebagai destinasi persinggahan terbarunya, Mei ini.
Dianjurkan IME Malaysia, konsert Pitbull Climate Change Tour in Malaysia 2017 itu bakal berlangsung di Surf Beach, Sunway Lagoon pada 16 Mei ini, jam 8 malam. Tiket konsert terbarunya itu berharga RM498 (VIP) dan RM288 (CAT1) sudah pun dijual sejak 18 April lalu menerusi TicketCharge online di www.ticketcharge.com.my.
Tiket juga boleh dibeli di kedai music terpilih termasuk Speedy Video, Victoria Music, Rock Corner, Chambers Music, PJ Live Arts, kaunter pertanyaan di pusat beli-belah The Mines atau Eden Ultimate (Kuantan) dan Blonde Brunette (Pulau Pinang).
0 comments:
Post a Comment