My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 6 April 2017

    Tapak Pelupusan Sampah Dikawal



    Kawasan tapak pelupusan sampah di Bukit Aup yang meriah dengan penduduk kampung mengali dan mengutip kepak ayam kelmarin kembali sunyi ekoran polis membuat kepungan bagi menyekat orang ramai dari­pada memasuki lokasi tersebut semalam. 

    Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Saiful Bahri berkata, polis bermula semalam meletakkan tiga hingga lima anggota polis berkawal di situ selama 12 jam bermula pukul 7 pagi. 

    “Sejak kawasan itu dikawal, hari ini (semalam) tiada lagi penduduk atau orang awam masuk ke tapak pelupusan untuk menggali dan mengutip kepak ayam,” kata beliau ketika dihubungi semalam.

    Menurut beliau, polis menasihatkan orang ramai agar menjauhkan diri dari kawasan tempat pelupusan tersebut apatah lagi mengutip kepak ayam yang sudah dilupuskan sejak Jumaat lalu.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tapak Pelupusan Sampah Dikawal Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top