My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 19 April 2017

    SPAD Serius Bendung Masalah Ulat Tiket Di Seluruh Negara




    Masalah ulat tiket bukan perkara baru dalam industri pengangkutan awam negara. Selain daripada menjual tiket yang jauh lebih mahal berbanding dikaunter, ada diantara ulat-ulat tiket ini juga menjual tiket pengangkutan awam seperti bas yang langsung tidak wujud dan sekaligus menginaya pengguna dan memberi imej buruk terhadap pengangkutan awam negara.

    Oleh yang demikian, antara objektif utama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) ialah membasmi sebarang kewujudan ulat-ulat tiket ini dari terus memperdayakan pengguna dan memburukkan pengangkutan awam negara.

    Sebagai contoh, minggu lalu, SPAD telah mendakwa 3 individu yang bergiat aktif menjadi ulat tiket dan ulat sapu di Johor Bahru. Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 205 (1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

    Sebenarnya, banyak lagi tindakan-tindakan oleh SPAD termasuk mengadakan sekatan jalanraya dengan kerjasama pelbagai agensi bagi memastikan mutu pengangkutan awam berada pada tahap optimum.

    Namun begitu, sama seperti masalah yang dihadapi oleh KPDNKK, tidak semuanya mampu diatasi dengan begitu mudah. Pasti akan ada cabaran yang tersendiri memandangkan pegawai penguatkuasa undang-undang juga agak berkurangan jika dibandingkan dengan keseluruhan terminal mahupun pengusaha pengangkutan awam ini.

    Apa yang pasti, SPAD akan kekal komited untuk mengadakan operasi dan pendakwaan terhadap mereka yang melanggar akta yang diperuntukkan bagi kenderaan awam. Tidak ada sesiapapun yang akan terlepas sekiranya pihak SPAD mengesan sebarang salah laku.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: SPAD Serius Bendung Masalah Ulat Tiket Di Seluruh Negara Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top