My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 22 April 2017

    Nampak Mudah Tapi Bukan Remeh


    Selepas pemasangan jeriji, dinding dicat dengan warna pilihan dan rumah pula sudah dibersihkan, menggantung langsir menjadi perkara paling penting sebelum idea dekorasi lain diketengahkan sepenuhnya. Malah keterujaan anda berkunjung ke rumah baru yang belum didiami juga lebih terasa apabila langsir siap digantung kerana ia ternyata memberikan privasi dan keselesaan. 

    Daripada kemasan langsir mengikut gaya atau pilihan itu jugalah mencetuskan situasi anda bagaikan menghitung hari menetap di rumah baru. Bagaimanapun, memilih langsir terbaik untuk kediaman yang diimpikan selama ini bukan perkara remeh biarpun nampak mudah.

    Ia hakikatnya memerlukan perancangan teliti dari pilihan fabrik, aksesori dan jenis rod langsir supaya impian berada dalam dekorasi menarik menjadi kenyataan. Seterusnya dalam memenuhi keperluan dan cita rasa dekorasi masyarakat negara ini, Pengarah Urusan Lentera Creative Home Amran Azahar tampil berkongsi idea asas berkenaan pemilihan langsir.

    “Tentukan gaya atau penataan yang ingin anda ketengahkan pada setiap ruang. Mungkin juga konsep moden dan kontemporari, mungkin juga dekorasi klasik atau Nusantara. Semuanya terpulang pada keselesaan anda yang seharusnya disesuaikan dengan peruntukan bajet,” katanya yang turut bergelar pereka dalaman itu.

    Dari pengalamannya, Amran berkata pelanggan yang berkunjung ke ruang pameran, butik atau kedai hiasan dalaman lebih mendapat gambaran jelas berbanding sekadar membuat pertanyaan menerusi panggilan telefon. “Sama ada ingin memilih langsir untuk kediaman baru atau menukar langsir sedia ada, lebih melancarkan urusan sekiranya anda membawa bersama ukuran dan gambar dekorasi asal. 

    “Anda juga boleh tunjukkan gambar kemasan langsir yang diinginkan menerusi aplikasi telefon. Langkah ini lebih mudah untuk dibuat anggaran berdasarkan peruntukan bajet anda,” katanya. 

    Bagaimanapun, jika berkunjung ke butik atau ruang pameran langsir tapi tidak membawa sebarang maklumat yang boleh membantu, biasanya pereka dalaman membuat anggaran ukuran berdasarkan jenis kediaman. Amran dan kakitangannya akan ke rumah pelanggan untuk pengesahan ukuran bagi kemasan tingkap itu.

    Apabila anggaran sebut harga dipersetujui, kunjungan ke butik atau ruang pameran pereka dalaman itu perlu anda lakukan. “Pilihan langsir mengikut kesesuaian gaya, cita rasa dan bajet penting pada peringkat ini sebelum sebut harga lebih tepat dikeluarkan. Tempahan dibuat dengan adanya deposit separuh daripada jumlah bajet pelanggan.

    “Malah pihak kami turut mencadangkan jenis, fabrik, bidai atau langsir sesuai mengikut gaya pilihan, kedudukan serta fungsi ruang,” katanya. Tempoh masa menyiapkan langsir pula berbeza mengikut jenis kediaman. Begitu juga dengan proses pemasangannya mengambil masa lebih kurang tiga hingga empat jam untuk sebuah kediaman. 

    Berkenaan penjagaan langsir pula, ia perlu dicuci sekurang-kurangnya dua atau tiga kali setahun. Biasanya kemasan langsir ditukar antara dua hingga tiga tahun sekali bergantung kepada peruntukan bajet anda.

    Menariknya Lentera Creative Home tidak hanya menawarkan pilihan langsir terbaik buat anda, ia lebih dari itu kerana pereka dalamannya bersedia membantu anda menata hias kediaman dari cat dinding, perabot hingga aksesori hiasan.

    Kunjungi Lentera Creative Home di No 15, Jalan DD 3A/1 Taman Dato Demang, Seri Kembangan, Selangor atau layari Facebook Amran Azahar (Lentera Creative Home) atau Instagram lenteracreativehome untuk keterangan lanjut.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Nampak Mudah Tapi Bukan Remeh Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top